Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke seminar dan rakaman program ilmu keusahawanan dari mentorku yang diadakan dengan kerjasama TVAl-Hijrah. Program julung kalinya team Dr.Azizan Osman melakukan rakaman dengan TVAl-Hijrah dengan konsep CSR.
Hampir seribu anak muridnya yang setia bersama dengan usahawan baru mengikuti dengan khusuknya selama hampir 2 jam berlangsung. Kejap sahaja, namum ilmu yang disampaikan cukup padat, membangkitkan dan kerohanian juga disentuh. Tahniah semua yang hadir.
Program ini adalah berbentuk siri, jadi anda masih ada peluang lagi untuk turut serta hadir ke program ini. Sabar ye, insyaAllah, bulan Ogos nanti ada pendaftaran lagi. Tunggu pengumuman dalam TVAl-Hijrah. Semoga ilmu yang disampaikan dimanfaatkan.
Untuk siri rakaman #1 ini, Dr. Azizan Osman berkongsi mengenai 'Persediaan Usahawan'.
"15 Perkara Dalam Proses Persediaan" :
1. Matlamat yang jelas
2. Mentaliti yang betul
3. Mesti ada Mentor
4. Misi yang jelas
5. Model - tiruvasi
6. Tukar : 'Patut berjaya' kepada 'Mesti berjaya'
7. Mastery - kuasai, mahir dan faham yang anda lakukan dalam bisness itu
8. Elmu - kuasai emosi diri
9. Syukur - dengan mengamalkan Sedekah, Selawat
10. Adanya Strategi dan Sistem
11. Tindakan Luar Biasa
12. Tindakan Berani
13. Konsisten - istiqamah
14. Intention - niat
15. Impian yang jelas
banyak lagi yang telah dikongsikan. Dan siri kedua nanti juga akan sarat dengan ilmu-ilmu bisness lagi. Semoga rakan-rakan bisness dapat turut serta program ini dan ianya adalah sepenuhnya Percuma. Tiada bayaran caj pun, itulah CSR bersama TV-Alhijrah




No comments:
Post a Comment