Sekarang ni, dah heboh mengenai buah tin, dah macam Malaysia ini diserang dengan buah tin iniSejak terdedahnya berita bahawa buah tin boleh ditanam, hidup dan ahkirnya berbuah dibongkarkan, ramai lah yang mencuba2 diwaktu awal dahulu menanam pokok buah tin ini. Pelbagai variety buah tin ditanam dan kini dah ada peminatnya tersendiri. Tak percaya, anda search sahaja di fb, banyak group mengenai perbincangan pokok buah tin ini.

Harga buah dan pokok? Wow! Jika anda yang masih baru, memang kurang percaya sebab harga pokok paling rendah pun dah mencecah RM80 ke atas, mengalahkan anak pokok durian muo-sang king. Harga buah pula, bermula RM80 sekilo mengikut variety, kalah lagi muo-sang king. Namum jika anda peminatnya, harga tersebut bukan halangan untuk menanam pelbagai variety kerana buahnya terdapat pelbagai khasiat, sedap dan bermanfaat untuk kesihatan. Jangkamasa panjang, itu yang penting!
Saya pun baru berjinak-jinak nak menanam pokok tin ini, dapatlah membeli sepokok dari tut di Figger Day yang diadakan baru-baru ini di Seri Kembangan Selangor. Saya dapat tahu mengenai program ini melalui hebahan di facebook, promosi secara online. Itulah medium promosi masa sekarang, facebook yang menjadi senjata pemasaran online ramai usahawan-usahawan tak kira produk atau servis apa pun. Kini pokok tin pun dah dijual secara dalam online, anda oder je, tunggu je depan pintu, pos akan sampai. Senangkan....semuanya adalah online.
Jom kita tanam pokok buah tin ini kerana ia telah memberikan pulangan yang lumayan disamping memberikan manfaat kesihatan jika diamalkan.

No comments:
Post a Comment