MINISITE mempunyai satu laman sahaja yang menerangkan segala butiran pernyataan yang berbentuk 'funnel sale' maknanya, ia tersusun indah begitu rapi bermula dengan Tajuk sehingga akan menganggu emosi pelawat dan akhirnya mampu menukarkan pelawat kepada pelanggan dengan hanya apa yang terkandung dalam laman itu. Setiap pernyataan disusun mengikut subtajuk berbeza dan cara susunannya adalah mengikut psikologi manusia (sifat manusia), daripada INGIN MENYELESAIKAN MASALAH hinggakan EMOSI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH dan akhirnya TERCETUS UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN. Itulah idea MINISITE yang cukup 'Power' jika pernyataan yang disusun tadi mampu membuatkan pelawat 'jatuh hati' dengan kata-kata tersebut sahaja.
Malah, dalam MINSITE juga akan diletakan elemen 'marketing', 'psikologi', 'magnet tarikan' untuk membolehkan pelawat bertindak segera untuk menjadi pelanggan dan terus membeli produk kita secara ONLINE sahaja dari laman MINISITE itu. Hebatkan!
Anda hanya, pagi-pagi membuka dan menyemak emel tempahan yang diterima dari pelanggan. Tiada lagi ber'pm-pm', kerana laman MINISITE ini telah dikuasakan dengan SISTEM AUTOMATIK dari laman web terus ke emel anda. Jimat masa untuk melakukan perkara promosi lain daripada terpaksa menjawap pelbagai soalan seca ber'pm-pm'. Tapi jika anda punyai masa yang baik, 'pm-pm' pun ada kekuatannya sendiri. Namum saya tidak mempunyai masa yang agak panjang untuk membalas setiap pertanyaan di pm tersebut. Mungkin juga anda pun sama macam saya, betul kan?
Itulah sebahagian dari maksub MINISITE. Apa pandangan anda mengenai MINISITE ini? Balas emel ini ya supaya saya membantu menerangkan mengikut pandangan/pendapat yang anda berikan tadi.
23 April 2016
TAHUKAH ANDA MENGENAI WEB MINISITE?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment