26 April 2016

Kursus Pemasaran Online bersama usahawan IAT di IADA Barat Laut

Alhamdulillah, saya dijemput untuk mencurah dan berkongsi ilmu pemasaran online bersama usahawan IAT bimbingan IADA Barat Laut pada 25 April 2016. Terima kasih kepada penganjur IADA Barat Laut kerana berjaya menganjurkan dalam merancakkan perniagaan usahawan mereka ke arah Dunia Tanpa Sempadan melalui penggunaan internet sebagai medium pemasaran masa kini.











Usahawan yang hadir sememangnya dah berjaya dengan ada pelbagai produk TERBAIK dari segi pembungkusan, kedai, pengeluaran. Saya teringat kata2 'Billionaire' dunia : "
Donald Trump=>
 
"Dalam dunia bisness, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal menjual, anda tetap seorang yang gagal." 

Wah! Sungguh sentap kata-katanya. Kalau tak sentap, nak ke kita berubah ke arah pencapaian dari BIASA-BIASA ke pencapaian LUAR BIASA. Dari PEMASARAN OFFLINE BIASA ditambah dengan PEMASARAN ONLINE menjadi LUAR BIASA

"PEMASARAN OFFLINE + PEMASARAN ONLINE = INTERGRATED MARKETING"

Saya mengucapkan tahniah yang HADIR, 'ANDA HEBAT & BERJAYA'. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan dengan  TERBAIK


 
 

No comments:

Post a Comment