Alhamdulillah, syukur seminar semalam 31/1/2015 berlangsung dengan lancar....seperti yang dirancangkan.
Terima kasih kepada para peserta yang hadir untuk menuntut ilmu online ini. Selain dari diterangkan platform2 yang boleh digunakan dalam melakukan aktiviti promosi dan jualan di internet, disertakan dengan teknik dan strategi pemasaran online yang tepat dan berkesan supaya impak kepada akvititi promosi seperti yang diharapkan. InsyaAllah, siri kedua secara "Intensif" akan berlangsung pada 28 Feb 2015, bertempat di lokasi yang sama, pejabat kami di Shah Alam, Selangor.
Rupaa-rupanya ramai yang berminat dalam facebook sebagai tempat aktiviti promosi jualan...hmmm, tak pe ...saya dah terangkan platform boleh anda gunakan, namum jika anda guna semua platform internet, strategi pemasaran online anda akan lebih besar dan pasaran makin meluas, sebab ...masih ada orang di luar sana belum mempunyai akaun facebook...paham-paham ke??? Perkara ini saya telah terangkan, dan gunalah platform online sebaik mungkin....
Semasa seminar ini juga, satu lagi aktiviti promosi dilakukan "Pelancaran eBook Kuasai Pemasaran Blog' versi cetak disempurnakan oleh Tn Mohd Faizal pemilik iWorks Virtual Office Shah Alam....terima kasih tn atas sokongan sempurnakan pelancaran ini.
Semoga dengan eBook versi cetak ini memudahkan dan mempercepatkan lagi ramai yang berminat dan memiliki blog dengan panduan ebook ini. Malah ebook ini menerangkan bagaimana pemasaran blog dilakukan dan manfaat blog yang jarang2 diketahui ramai orang. Tempahan telah dibuka untuk orang ramai memiliki dan mempercepatkan lagi proses memahami pemasaran blog....

No comments:
Post a Comment