10 February 2015

RAHSIA BESAR FACEBOOK!! Kini Dibongkar...

Alhamdulillah, sepanjang kami menggunakan facebook samada untuk tujuan personal atau perniagaan, terdapat pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh team Facebook dalam memastikan laman sosial ini berada ranking teratas...Mereka sentiasa mengemaskini dalam sistem 'alogritma' mereka atau bahasa mudah saya namakan 'robot'...

Ini sebenarnya adalah bagaimana programmer nak memastikan agar facebook sentiasa dikemaskini dengan sistem yang mereka cipta. Namum ramai yang tidak sedar apa yang berlaku dalam keadaan mereka buat disebalik tabir itu...saya pun tidak terlepas dari melihat perubahan bagaimana 'robot' itu berfungsi...

Baru2 ni secara tidak langsung, kini saya dihujani posting2 dari rakan yang dah jadi 'rakan' namum sebelum ini tiada langsung atau hanya sekali-sekala posting beliau muncul pada newfeed....
Apa yang sebenarnya berlaku?
Bagaimana posting mereka muncul?


Itulah yang saya lihat keadaan itu dan kaji di balik tabir itu. Ok, dalam bahasa mudah, apa yang menyebabkan keadaan boleh berlaku?
Ini yang kemungkinan muncul & anda lakukan test sendiri:
1. Rakan tersebut Like posting kita @
2. Kita yang Like posting dia @
3. Rakan kita ada komen dalam posting kita @
4. Kita komen posting mereka @
5. Rakan kpd rakan kita yang  Like posting kita @
6. Kita Like rakan kepada rakan kita....

itu yg mungkin menyebabkan posting kita juga keluar dalam status mereka...
Dalam keadaan biasa, agak sukar posting kita keluar/dipaparkan terus dalam newsfeed mereka....tak percaya, berapa ramai rakan anda yang posting mereka anda lihat dalam newsfeed anda? contoh anda ada rakan 5000 list, namum adakah semua yang akan dipaparkan dalam newsfeed ?

Saya pun sama, rakan ramai, namum posting yang dipaparkan adalah dari rakan2 yang aktif sahaja dengan kita....jadi sebenarnya apabila kita update wall kita, status hanya dilihat/papar oleh rakan2 aktif sahaja. Bukan semua rakan yang melihat atau dipaparkan status baru kita.

Apa kesan kepada kita?
Jika kita menggunakan facebook sebagai tempat promosi dan memasarkan produk/servis, jadi promosi kita itu bukannya dilihat/dipaparkan kepada semua senarai rakan2 kita, jadi target posting itu bukannya kepada semua rakan, namum ia terpilih kepada rakan2 yang aktif sahaja....jadi promosi kita duk "pi mai pi mai tang tu jugak'...maksubnya rakan yang sama akan melihat posting itu.....

Paham ke paham semua ni...maaflah sebab kali ini agak teknikel dan inilah sebenarnya RAHSIA BESAR penggunaan butang LIKE, KOMEN dan SHARE yang telah disediakan oleh Facebook....jadi gunakanlah butang2 itu.....Like posting rakan2, Komen mereka dan Share kan posting mereka juga....InsyaAllah, semua ini adalah Viral sebenarnya dalam sistem 'back-end' mereka....

Anda cuba, LIKE rakan2 anda yang kurang aktif, cari dalam list rakan2, Like, Komen dan Share ke wall mereka....dan posting mereka akan muncul ke newsfeed anda nanti. Jadi ini maknanya , mereka sedang 'di' AKTIF kan dengan cara ini....

Apa2pun, ini yang berlaku pada saya, anda CUBA,TEST, TRY...jika ini berkesan, maknanya betullah apa yang saya kaji ini....
Mohon komen jika berlaku kejadian ini pada anda...bolehlah kita tahu analisis ini....

No comments:

Post a Comment