Alhamdulillah, dijemput dalam berkongsi ilmu untuk usahawan belia dan peladangnita kawasan Pasir Panjang. Terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Pasir Panjang (PPK) kerana menjemput saya.
Tugas yang diberikan kali ini, membantu usahawan mereka dalam melakukan aktiviti promosi dan pemasaran dalam talian online. Ya betul, rata-rata2 nya dah berbisnes, namum mereka tetap meluangkan masa untuk mencari ilmu. Tahniah kepada usahawan ini.
Kali ni saya berkongsi ilmu mengenai trends pemasaran online masa hadapan iaitu 2018. Ya la, kan dah nak masuk 2018, namum
ADAKAH STRATEGI DAN TEKNIK KITA MASIH MENGGUNAKAN GAYA 2017?
Seharusnya setiap tahun kita kena ubah strategi dan teknik, kerana pemasaran agak 'unik' dan 'global'. Trends kena capai, ikut yang sesuai dengan produk dan servis yang kita tawarkan. Sebelum ini
2017, saya fokus kepada 'TARGETED ONLINE MARKETING' dan 2018 ini : DIGITAL MARKETING.
Kenapa DIGITAL MARKETING?

Mungkin anda akan keliru dengan trends PEMASARAN ONLINE. Ya betul, DIGITAL MARKETING adalah sebahagian teknik dan gaya PEMASARAN ONLINE. Cuma ia lebih menjuruskan kepada kepercayaan prospek kepada perniagaan kita di online.
Dalam kelas di PPK semalam saya sempat berkongsi DIGITAL MARKETING ini secara asas, sebab ianya skop yang luas dan detail untuk dibincangkan. Antara yang sempat saya kongsikan semalam:
- BRANDING
- SOSIAL MEDIA
- CONTENT MARKETING
- VIDEO
- WEB DESIGN
1. BRANDING
Apa yang dimaksudkan dengan 'branding'?
Branding bukannhya JENAMA. Ia lebih kepada Apa yang kita nak tonjolkan dalam online ini. Samada anda nak tonjolkan DIRI ANDA sebagai branding perniagaan, atau anda nak tonjolkan PRODUK sebagai branding perniagaan atau sebaliknya.
Macam saya, saya Brandingkan DIRI SAYA sebagai penonjolan kepada perniagaan. lihat saja kepada cover blog ini, kan ada muka saya tu. itulah branding di online. Bila ada branding ni, senang prospek nak ingat apa yang kita lakukan. Banyak branding yang telah wujud lama dan kekal dalam pemikiran kita ni. Nak gosok gigi, mesti ada..... dan lain-lain ya.
Di online, branding amat penting dalam MENARIK KEYAKINAN PROSPEK sebab bila kita online, prospek tak nampak kita. Ya la, online jer kan. Hanya nampak gambar dan kata-kata sahaja. Namum adakah cukup dalam memberikan keyakinan kepada prospek untuk berurusan dengan kita ni. banyka kes penipuan di internet berlaku kerana KATA-KATA MANIS penjual. Harus diingatkan, online ini jika diguna baik, baik lah jadinya dan sebaliknya boleh juga mendatangkan keburukan. Jadi bila anda berniaga di Online, kes penipuan sebegini akan membuatkan prospek hilang kepercayaan. Hati-hati ya. Itulah sebabnya kita perlu lakukan BRANDING dan biar prospek yakin dengan kita selain diia juag mudah mengingati produk/ servis yang kita lakukan.
Anda juga boleh membuat BRANDING di group-group, samada WhatsApp atau group Facebook. Anda jadilah admin kepada group tersebut. Ini akan memberi keyakinan kepada prospek dan pelanggan anda bahawa anda serius dalam mempromosi dalam online ini. Bina rangkaian dalam group itu, dan ini akan membuatkan hubungan ahli kumpulan semakin erat. Dan ingatlah, bahawa pemasaran TERHEBAT ADALAH PEMASARAN MULUT KE MULUT. maknanya ahli kumpulan pula menyebar dalam bentuk memperkenalkan kepada rakan mereka pula. Hebatkan. Pernah baca atau dengar kata-kata ni "KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN, KALAU TAKSEDAP BERITAHAU KAMI". Itu kata-kata pemasaran juga kan.