Ada beberapa langkah yang anda boleh lakukan daripada penipuan internet oleh SCAMMER....opps...Scammer adalah istilah orang yang suka2 melakukan perkara yang tanpa izin dari kita termasuklah menipu
Ok, antara langkah:
Kenali penjual itu terlebih dahulu
Apa yang kita boleh buat, contoh jika pembelian dilakukan di Facebook, jika dia serius menjual yang pertama kita boleh perhatikan gambar profilnya dan gambar-gambar lain yang ada dalam profilnya itu.
Jika di meletakkan gambar, bukan gambar selain dari manusia, elakkan berurusan dengan orang ini sebab dia tidak serius dan dia ada unsur2 ke arah menjuruskan penipuan. Tapi jika dia mewakili syarikat atau fan page itu lain, yang ini jika dia guna akuan personal....Kita juga boleh berpm2 dengan nya dulu, mohon no telefon dan call/sms untuk pastikan dianya wujud.....
Jika kita membeli dari laman web jualan, pastikan ada no telefon, alamat, gambar penjual (yang ni penting), kalau ada nama syarikat dan alamat syarikat lagi Bonus....kita juga boleh call tanya dia dulu mengenai penjualan itu, tanya kedai kat mana atau jika dia jual sepenuhnya online, tanya rumah kat mana.......
Banyak sebenarnya tips yang boleh dihuraikan...sama-sama kongsikan.....kita sambung siri #2 kelak...
Selamat mengelak.....

No comments:
Post a Comment