30 December 2016

Ranking Laman Web Kita Pada Senarai Google - Asas Laman Web

Kenapa perlukan kedudukan ranking terbaik dalam senarai carian Google?
Betul, ramai usahawan dah ada laman web, namum kebanyakan prospek secara 'ORGANIK- maksubnya yang jumpa bis kita melalui carian di Google' sukar nak dapatkan ranking terbaik dikedudukan teratas.. lagi2 Top 5 dalam carian perkataan yang ditaip pengguna.

Kepentingan ranking terbaik adalah prospek akan klik laman web yang berada senarai teratas dahulu, mereka baca laman tersebut dan jika mereka menjumpai apa yang mereka cari, meraka akan berhenti carian mereka pada peringkat itu. Jadi tuan punya laman web, jika ianya laman web jualan, pastinya bis itu dapat pada mereka. 
Namum, jika pengguna tidak menjumpai apa yang mereka cari pada kandunga laman web pertama dia klik, dia akan kembali semula ke senarai google yang asal dan akan klik laman web pada kedudukan kedua pula. Dan seterusnya...sehinggalah mereka yang mempunyai laman web pada kedudukan terbaik (biasanya TOP 5) akan mendapat pelanggan, dan laman web yang terkebawah... ketinggalan dari pesaing-pesaing. Bukan kita sahaja yang jual produk atau servis yang sama dengan pesaing kita, namum bagaimana pelanggan menjumpai penjual dahulu yang penting. 

Itulah sebabnya kedudukan ranking laman web ini penting, kerana asal laman web adalah berbentuk infomasi dan diperkuatkan dengan jualan..Kan ia membantu meningkatkan perniagaan anda.

Lihat ranking laman web kami di Google daripada 177,000 carian. Alhamdulillah.
> BengkelOnlinePower.com






 

Bagaimana nak naik kan ranking laman web kita di goole ni?
Pernah dengar SEO*?  Bahasa mudah, ianya applikasi yang juga dikenali ROBOT dalam mencari perkata-perkataan yang ditaip dalam ruangan carian spt di google. Cariannya bersifat organik, maksubnya bila anda taip...robot akan cari. Dan bila jumpa, akan disenaraikan pada kedudukan ranking tadi.
Lagi organik, lagi tinggi rankingnya..itulah alogritma google buat. SEO ni di setting dalam ruangan admin (jika guna web jenis CMS) atau guna bahasa html (developer guna yang ni). Dan jika anda tidak mahir, ramai developer  freelance lagi buat servis ni. Bayar khidmat mereka, dan meraka akan setting laman web anda agar berada pada kedudukan terbaik.

Namum, kebanyak laman web saya, disetting dalam laman admin (CMS sbb sy guna software MINISITE MUDAH MSM ) dan dalam itu telah diletakan ruangan untuk SEO ini. Mudah kan. itu yang pertama.

Yang keduanya...kita sambung "TIP NAIKAN RANKING"








*Search engine optimization (SEO) is the process of affecting the visibility of a website or a web page in a web search engine's unpaid results—often referred to as "natural", "organic", or "earned" results.

Search engine optimization - Wikipedia

https://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

The websites that Google ranks on the 1st page of of its search results for any given search term are the ones that they consider to be the most relevant and useful. They determine which websites are the most useful and relevant by using a complex algorithm (mathematical process) which takes into account 200+ different factors.
Google doesn’t let people know what those factors are, however, through a combination of research, testing and experience, a good Google SEO consultant knows what the most important factors are. For example, most SEOs would agree that the following are all important ranking factors…

29 December 2016

Manfaat Web - Asas Laman Web


 
Apa yang saya coretkan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membangunkan laman web terutama berbentuk minisite, ecommerce dan kegunaan bis.

Jadi manfaat ADAnya laman web samada untuk bis anda atau utk diri anda adalah:

  1. Bisness akan lebih diyakini kerana prospek akan melihat bahawa anda serius dalam urusan perniagaan dengan mengadakan selain dari perkara2 asas perniagaan dan kini ditambah pula dengan adanya laman web yang tak ramai perniagaan buat.
  2. Semua maklumat perniagaan boleh dimasukan dalam laman web dan memudahkan urusan prospek mengenali anda dan apakah perniagaan anda lakukan tersebut.
  3. Semua bentuk aktiviti perniagaan anda boleh paparkan dalam web, disusun teratur dan mudah untuk dilihat dengan bantuan link2 yang disediakan
  4. Urusan jual-beli secara online juga boleh dilakukan kerana ada laman web dalam jenis kategori e-commerce menyediakan applikasi ini bagi memudahkan pelanggan memesan tempahan
  5. Dari sudut pandangan yang biasa dengan 'dalaman' web, sebenarnya boleh diketahui siapa pemilik laman web itu dengan melihat pada applikasi di internet dan ini akan menyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud sebab data itu tidak boleh ditipu
  6. Jika anda menggunakan domain.my@com.my, sememangnya laman web anda lagi lah diyakini kerana ia berdaftar dengan SKMM di bawah MyNic. Maknanya, pendaftaran ini melalui kerajaan jadi perniagaan anda disahkan wujud.
  7. Tiada lagi SCAM bila berurusan di laman web yang diyakini apabila anda tahu 'back-door' untuk melihat pemilik dan dari mana laman web itu berada.
  8. Sebaris dengan syarikat besar yang mengamalkan penggunaan laman web sebagai medium internet mereka dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan
  9. Perniagaan anda ke hadapan berbanding mereka yang belum menggunakan laman web sebagai penghubung antara perniagaan dan client
  10. Kebanyakan prospek dan pelanggan banyak mencari info dan maklumat melalui carian google. Dengan adanya laman web, carian itu akan mencari dahulu perkataan-perkataan yang ada dalam laman web dan senarai ranking akan dipaparkan. Jika ranking anda terbaik, prospek akan menjumpai perniagaan anda
  11. Persaingan sememangnya wujud dalam menyampaikan maklumat kepada prospek namum alamn web akan memaparkan apa yang prospek nak tahu 
  12. Laman web sekarang dah boleh berhubung dengan FB, dimana fb adalah tapak untuk menarik prospek dan laman web adalah rumah. Tarik prospek dari fb dan bila nak suruh buat pembelian/tempahan, hanya beri link web dan prospek itu melakukan sendiri aktiviti tempahan dalam talian. Ini yang banyak berlaku sekarang ni kan.
  13. Sistem laman web sekarang mempunyai banyak sistem canggih-canggih di dalam nya, ada yang boleh ambil tempahan, pembayaran elektronik, semak poin, dan macam-macam bagi memudahkan urusan pelanggan.Nak download ebook dan lagu pun melalui laman web.


Itu antara manfaat mengikut kefahaman saya sebagai teknikel dan marketing web development ini. Oh, tadi saya ada menyentuh mengenai RANKING di carian google..saya kongsikan next ya. Ranking amat penting dalam senarai itu kerana ia mempercepatkan prospek menjumpai kita dan akhirnya bertukar menjadi pelanggan.



Jumpa lagi.

Ilmu Web - Basic

Laman web

Alhamdulillah, ilmu laman web saya belajar sendiri sejak 2005 lagi. Masa tu, GURU2 saya adalah guru international..luar negara, bertanyakan pada Google, baca dan baca...pelbagai bahan bacaan laman web ni saya beli, cetak dan kumpulkan. Akhirnya saya berlatih sikit2, bermula dengan buat di word kemudian upgrade sikit ke bahasa html, guna kompozer. Fuh, berjaya juga membina laman web ketika itu 2006, walaupun ada cacat dalam pembikinan laman web tu, namum saya puas hati kerana dapat bina dengan belajar sendiri. (penat juga sebenarnya).

Setiap tahun upgrade diri dalam ilmu laman web ini, namum masih kepada carian di google. Dan semakin ke hadapan, semakin canggih teknologi laman web, kini dengan penyediaan CMS*, lagi memudahkan membina laman web. tak macam dlu2 kena tahu nak bina layout, frame, baru masuk content.

CMS yang paling ramai guna pakai walaupun IM 'mat salleh' adalah wordpress**. Pernah dengar? biasakan...sbb memang glamour dalam dunia bina web. Pilih je template yang nak, lepas tu 'drag & drop'. Masukan isi kandungan...wahla..siap...rekaan je lah..nak publish kat Internet kena ada nama web tu atau 'domain' dan tapak rumah nya 'hosting'..bab2 teknikel saya akan bincangkan step by step nya...

Siap lah sebuah laman web. Namum apa nak dibuat dengan laman web ni @ apa manfaat laman web ni...
Meh, anda senaraikan manfaatnya dlu..next posting saya detailkan.


MANFAAT LAMAN WEB
1.
2.
3.
4......
 









*(A content management system (CMS) is a computer application that supports the creation and modification of digital content. It is often used to support multiple users working in a collaborative environment.
https://en.wikipedia.org/wiki/Content_management_system)
 
**WordPress.com allows you to build any kind of site you want: 
business site, blog, portfolio, the sky is the limit! 
https://wordpress.com/create/

2017, nak kongsi ilmu ONLINE dan WEB

Nak turunkan ilmu
InsyaAllah 2017, wall fb saya ni akan dipenuhi dan dilimpahi dgn ilmu2 ni
1. Rahsia Laman web
2. Rahsia Online Biz
3. Rahsia tool Internet Marketer
4. Sistem pengurusan biz online
5. Rahsia Mobile Apps.


Jenuh nanti rakan2 sy duk baca tips, strategi, teknik nanti..sape nak follow teruskan..sape nak bagi cadangan mmg digalakan.

Ilmu IM cukup luas..tak habis nak digali..pasti ada lagi yg terkini.
Siapa nak belajar semua ni?
Jom tingkatkan sale dgn online2 ni juga.
Nak belajar..komen ya

Dah bis, namum belum lagi ada laman web?

Asyik2 duk tengok laman web orang je.
Bila la nak ada laman web sendiri?

Dah nak masuk 2017 ni.
Benarkan lah bisnes kita merentasi sempadan dgn web lak.

InsyaAllah, saya nak buka semula servis buat laman web yg lama sy tinggalkan.
Tak nak ramai2, kan tak bercuti lak sy tahun baru ni.
Berminat..ala seperti biasa la..
Kalu tak biasa..buat2 mcm biasa.
Sy tunggi ya
Cth web ya >>BengkelOnlinePower.com