06 May 2016

KATA BISNESS NAK BERKEMBANG, MAKLUMAT DI INTERNET PUN TAK DE, MACAM MANA NI?

Ramai usahawan dan rata-ratanya sememangnya nak mengembangkan perniagaan dari masa semasa. Bermula dari kecil-kecilan, ada yang buat bisness dari rumah, ada yang menjual di pasar malam, ada yang mempromosi di facebook dan macam-macam tempat usahawan melakukan aktiviti promosi dan jualan ini.

Nak ramai usahawan 'agak terlupa' bahawasanya, sekarang pelanggan mencari maklumat perniagaan dengan hanya 'di hujung jari'...Maknanya, sebelum pembelian, pelanggan akan mencari maklumat produk/servis yang hendak dibeli di internet dulu, samada di facebook, laman blog, atau sendirinya di laman web. Biasanya pelanggan akan taip dicarian GOOGLE apa produk yang mereka nak beli. Saya pun sama melakukan aktiviti mencari maklumat dulu jika nak beli sesuatu barang, kerana nak mendapat maklumat yang banyak, boleh buat perbandingan, lokasi jualan yang dekat dan jika boleh beli terus secara 'jualan online'..yang ni lagi menjimatkan masa dan belanja kos minyak kereta/makan-minum di luar nanti. Betul kan? Anda pasti sama juga dalam proses carian produk dan perkhidmatan sekarang ni. Cara carian dalam internet sememangnya amat berkesan dan menjimatkan.


"Bagaimana nak pastikan maklumat perniagaan produk dan servis kita ada di internet?"

 Apa yang anda taip di carian GOOGLE tu sebenarnya adalah perkataan demi perkataan, sistem Google akan mencari setiap perkataan yang ditaip pelawat internet dan ia akan memaparkan secara mengikut ranking sesuatu carian itu. 'Eh! saya taip maklumat produk saya, tak de pun keluar di carian GOOGLE tu?'..Itu biasa keluhan rata-rata usahawan yang bertanyakan kepada saya. Dan saya tanya mereka 'Dimana tuan letak maklumat perniagaan tuan, tuan taip maklumat tu di Facebook saja ke atau ada tempat lain juga tuan taip contohnya di laman web?' Jawap usahawan tersebut, 'Saya hanya taip dan guna Facebook sahaja, tiada tempat lain yang saya guna'. Oh, ok...itulah keluhan kebanyakan usahawan.

Begini, Facebook sentiasa mengemaskini sistem mereka berdasarkan keperluan semasa pengguna akuan dan juga pengguna yang membuat iklan di facebook itu. Sebenarnya, dalam memastikan maklumat produk/servis anda dipaparkan di carian GOOGLE banyak cara yang boleh anda lakukan, namum saya kongsikan dan fokus kepada penggunaan Laman Web Minisite yang anda boleh guna untuk meletakan maklumat itu.

KENAPA di Laman Web MINISITE?
Ok, yang pertama adalah fokus kita kepada berapa banyak maklumat perniagaan kita BOLEH berada di alam maya Internet ini, jika nak dibandingkan dengan penggunaan Facebook, maklumat di Laman Web MINISITE boleh meletakan pelbagai maklumat TANPA HAD. Anda boleh meletakan seberapa banyak maklumat yang ingin diletakan kerana setiap perkataan yang ditaip itu nanti akan dicari oleh sistem GOOGLE.

Kedua, dalam Laman Web MINISITE disediakan dinamakan SEO, yang mana inilah sebenarnya sistem carian GOOGLE mencari, saya ibaratkan ia adalah robot yang memastikan perkataan itu dicari oleh GOOGLE. Apa yang pelawat taip, sistem SEO Laman Web MINISITE anda akan mencari perkataan yang ditaip itu dan akan memadankan perkataan yang sama. Jika wujud perkataan yang sama berulang-ulang dalam laman web itu, SEO akan memastikan Laman Web MINISITE anda akan tersenarai di ranking terbaik Top10 nanti. 'Mengapa perkataan yang sama?'. Cuba perhatikan gaya saya menulis di ruangan ini, dah berapa banyak perkataan sama yang saya ulang-ulang, dan perkataan itu adalah perkataan Famous..Banyak perkataan apa ya yang saya taip tadi? Yes, betul..perkataan GOOGLE, sebab apabila ada pelawat menaip contoh ayat 'Bagaimana GOOGLE boleh membantu perniagaan saya?', sistem SEO akan mencari perkataan demi perkataan dalam ayat tersebut dan terjumpalah dan tersenarailah nanti Laman Blog ini nanti.





Jadi, dalam memastikan perniagaan anda diketahui WUJUD di alam maya, anda seharusnya memiliki Laman Web MINISITE sebab banyak manfaat yang bakal wujud dalam Laman Web tersebut selain dari sistem SEO. Barulah pelanggan menjumpai anda bila buat carian, perniagaan pun akan berkembang.

"Perniagan sekarang adalah bergantung juga kepada faktor, berapa cepat maklumat boleh dicapai oleh pelanggan yang selalu mencari maklumat di hujung jari mereka melalui internet"

02 May 2016

LAMAN WEB 'MINISITE' SEBAGAI KEDAI ONLINE ANDA

Sekarang ini pelbagai medium platform online boleh digunakan dalam melakukan atau memasarkan produk perniagaan anda di online ini. Boleh guna media sosial cthnya facebook, instagram, whatsapp...boleh guna blog, forum online...boleh guna pemasaran emel, pemasaran SMS...dan yang paling saya suka adalah laman web jualan berbentuk MINISITE.

Kenapa MINISITE sebagai Kedai Online masa kini?

Saya telah menggunakan laman web pelbagai jenis sejak 205 dari jenis e-commerce yang ada pelbagai produk dalam tu sehingga kan pelanggan 'pening' nak pilih, laman web syarikat namum hanya infomasi syarikat sahaja, dan yang terbaik saya guna adalah laman web MINISITE yang telah menghasilkan ribuan ringgit dengan jualan produk ebook saya yang pertama (dah tutup jualan ebook ini). Dalam banyak2 laman jenis laman web saya guna, akhirnya saya akui laman web MINISITE adalah yang paling mensasarkan produk terus ke sasaran pelanggan nya. Laman web MINISITE adalah berbentuk dan sesuai untuk 'niche' pasaran kepada pasaran tertumpu kepada terus produk itu, contohnya jika kita dah mengenalpasti masalah pelanggan adalah sukar atau suka membeli buku dalam talian, jadi laman web MINISITE akan menumpukan kepada jualan buku sahaja dan dalam buku pula ada pelbagai kategori...ada kategori ilmiah, politik, kewangan, motivasi, agama, dan pelbagai lagi. Jadi laman web MINISITE terus memilih kategori hanya satu sahaja...contoh, laman MINISITE buku perniagaan, akan memasarkan jualan kepada usahawan, pelajar perniagaan, orang yang baru nak berniaga, dan sebagainya...Ianya tidak mensasarkan kepada jurutera, doktor, kecuali golongan ini nak cari ilmu dalam perniagaan pula...

Jadi, sebagai usahawan, yang semestinya memfokuskan kepada 'niche' pasaran, seharusnya mempunyai laman web perniagaan yang fokus kepada satu kategori produk sahaja. Laman web MINISITE mampu dan memberikan pelawat mudah faham apa fokus produk yang dinyatakan dalam laman web itu. Dan mudah pelawat bertukar menjadi prospek dan akhirnya menjadi pelanggan dengan membeli melalui laman web MINISITE itu.

Mudahkan jualan di online kini ditambah dengan MINISITE yang mempunyai fungsi borang tempahan online, semakan tempahan pelanggan, ruangan pelanggan download produk digital, borang pertanyaan..."JADIKAN LAMAN WEB MINISITE ANDA SEBAGAI SISTEM PERNIAGAAN ONLINE MASA KINI"

Semoga MINISITE memberikan perubahan dalam cara promosi dan jualan anda terutamanya dalam talian 'online' masa kini. Dengan disokong oleh SISTEM AUTOMATIK akan membuatkan perniagaan anda diurus secara bersistematik dalam talian online. Siapa tak nak perniagaan yang ada sistem automatik sebegini.

InsyaAllah, mulai MEI 2016, saya akan berkongsi pengalaman dalam mengendali dan membina laman MINISITE ini ditambah dengan teknik pemasaran online MINISITE. Doa2kan agar semua usahawan menggunakan Sistem Laman Web MINISITE dalam mengurus promosi dan jualan di online ini.

Antara laman MINISITE saya:
1. www.AdaLamanWeb.com
2. www.BengkelOnlinePower.com
3. www.Tmaza.com.my

01 May 2016

Alhamdulillah, dah Bina Laman Web Sendiri. Tahniah

Saya agak lama dalam melakukan kerja-kerja pembangunan laman web sejak 2008 lagi. Itupun dahulu laman web dibina dengan bahasanya php/html dan sebagainya. Pening nak membuatnya pada awal2 saya buat dahulu sebab saya belajar sendiri cara2 nak bina ni hanya berpandukan pada laman web ataupun forum2 online di luar negara.
Kini, awal tahun ni saya tertemu dengan satu perisian yang nyata memudahkan kerja-kerja membina laman web ini, dah tak perlu tahu bahasa web, hanya tahu menaip macam di word. Alhamdulillah, Sabtu lepas 30/4/15, saya berkongsi dan membimbing peserta melakukan kerja2 bina laman web sendiri terus menggunakan domain masing2. Hanya dalam masa 4 jam, siap laman web dan bersedia untuk menerima tempahan.


Semoga dengan adanya laman web ini, perniagaan masing2 semakin diyakini, senang nak pelanggan membuat tempahan dan bisness anda berada di online alam maya.

Jom layari web mereka :

Yes! Ini Khas Untuk Anda, pesanan dari rakan peserta:

Zainal Abidin - Pengasas Produk Kecantikan Nofy


Tahniah semua.

p/s: Anda NAK saya bimbing Bina Laman Web Dalam Masa 4 Jam Sahaja?
=> Daftar Sekarang! secara Online www.AdaLamanWeb.com