30 January 2016

'TAUKEH' FACEBOOK...idea unik menjadi Billionaire



Dari idea biasa2 namum dijanakan dengan Luar Biasa menghasilkan hasil yang sememangnya Hebat. Itulah Mark.

Facebook pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg telah membawa rangkaian sosial ke tahap yang baru, walaupun sesetengah pengguna muda mula bosan dengan perkembangan ini. Pendapatan meningkat 58% pada tahun 2014 kepada $ 12.5 Billion, disokong oleh peningkatan dalam iklan mudah alih. Kira-kira 1.4 bilion orang di seluruh dunia adalah di Facebook, dan orang-orang pengguna yang menonton tiga bilion video seharian di laman web ini. Unit Instagram mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna, manakala perkhidmatan pesanan mudah alih WhatsApp, yang ia dibeli dengan harga $ 19 bilion dalam bentuk tunai dan saham pada tahun 2014, mempunyai 700 juta pengguna dan semakin meningkat. Zuckerberg menyasarkan untuk menghidupkan maya pembuat alat dengar realiti Oculus VR, yang mana ia dibayar $ 2 bilion pada 2014, menjadi platform pengkomputeran generasi akan datang. Pertama, Walau bagaimanapun, Oculus telah keluar dengan produk. Di peringkat peribadi, pada tahun 2014 Zuckerberg turun $ 100 juta untuk 700 ekar di Hawaii di pantai utara Kauai, sumber memberitahu Forbes. Zuckerberg juga aktif: dia dan isterinya Priscilla Chan komited $ 25 juta untuk melawan Ebola pada bulan Oktober 2014 dan $ 75 juta kepada sebuah pusat trauma baru di Hospital Besar San Francisco pada bulan Februari 2015.


Facebook co-founder and CEO Mark Zuckerberg has led his social network to new heights, even as some younger users have grown tired of it. Revenue grew 58% in 2014 to $12.5 billion, supported by a jump in mobile ads. Some 1.4 billion people around the globe are on Facebook, and those users are watching three billion videos a day on the site. Its Instagram unit has more than 300 million users, while mobile messaging service WhatsApp, which it purchased for $19 billion in cash and stock in 2014, has 700 million users and is growing. Zuckerberg is aiming to turn virtual reality headset maker Oculus VR, for which it paid $2 billion in 2014, into a next generation computing platform. First, however, Oculus has to come out with a product. On the personal front, in  2014 Zuckerberg plunked down $100 million for 700 acres in Hawaii on Kauai’s north shore, sources told Forbes. Zuckerberg is also philanthropically active: he and his wife Priscilla Chan committed $25 million to fight Ebola in October 2014 and $75 million to a new trauma center at San Francisco General Hospital in February 2015.

sumber:
http://www.forbesmiddleeast.com/en/lists/people/pname/mark-zuckerberg/pid/83225

26 January 2016

PROGRAM INTENSIF PERNIAGAAN INTERNET - KEDAI ONLINE 26-27/1/2016 -MELAKA-



Alhamdulillah
kami menyambung tugas di Melaka pula selepas berkongsi ilmu dengan rakan-rakan Koperasi ROCAB (SSM) di KL selama 2 hari.


Terima kasih di atas pelawaan Tn. Ustaz Mohd Firdauz, Imam Masjid Cina Negeri Melaka, kerana menjemput kami sebagai 'guru' dalam berkongsi ilmu perniagaan internet ini dan khasnya 'MEMBINA' Kedai Online masing-masing.


Bersemangat semua peserta dalam menyediakan 8 jenis Kedai Online, walaupun 'veteran' namum dengan panduan yang diberikan, amat memudahkan urusan pembinaan kedai-kedai online ini. Senyum  semua, balik membawa pulang 'Kedai Online' yang dah beropersi sepenuhnya dalam talian 'online'.
  

InsyaAllah, kami datang lagi bertandang ke Negeri Melaka. Jemput lagi ye!


Rakan-rakan lain yang berminat dalam mempelajari dan MEMBINA Kedai Online ini secara hand-on diajar dalam kelas, boleh hubungi kami untuk mendapatkan tawaran secara berkumpulan. Minimum kumpulan hanya 15 orang, kami bersedia pergi ke tempat anda. InsyaAllah. 




24 January 2016

KELAS PROGRAM INSTENSIF PERNIAGAAN INTERNET - KEDAI ONLINE



Alhamdulillah, 
matlamat kami tercapai untuk diawal tahun 2016 ini untuk mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya kepada seramai-ramainya mengenai BAGAIMANA NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN DI INTERNET ini. 



Syukur, kami menerima pelawaan tawaran oleh Koperasi ROCAB (SSM) untuk mengendalikan program Intensif ini bagi ANGGOTA KOPERASI mereka pada 24-25 Jan 2016 bagi menambah ilmu perniagaan khususnya Perniagaan Internet / Online dan seterusnya dapat melakukan sendiri perniagaan online ini. Kini, anggota koperasi ini tidak perlu menunggu lama untuk mengadakan dan melaksanakan perniagaan kerana dalam kelas ini terus diajar secara latihan Hand-On "BAGAIMANA NAK ADA 'KEDAI ONLINE', malah BUKAN 1 kedai namum 8 kedai online serentak dah mereka perolehi.



Itulah hebatnya kuasa internet, dengan PANTAS dan hanya 4 Jam SAHAJA, semua orang dah boleh membuat perniagaan online dengan ada 8 KEDAI ONLINE. 'WOW'!

Anda juga pun boleh seperti mereka, kerana mulai 2016, kami membuka ruang kepada sektor koporat/ swasta/ kumpulan/ organisasi untuk mendapat ilmu KEDAI ONLINE ini. Cukup mudah untuk anda, dengan MINIMUM hanya 15 orang peserta, program ini boleh di'realisasikan'. Dengan pelbagai tawaran promosi yang bakal diperolehi dari masa ke semasa akan kami sediakan untuk bakal peserta.


Tonton kelas kami dan testimoni:








09 January 2016

Manfaat dan Kelebihan Solat Dhuha

Salam,
sekarang ni trend penyampaian perkongsian ilmu disalurkan juga di whatsapp sebab di telefon, maklumat dan info cepat sampai dan mudah dibaca...kali ni perkongsian mengenai ilmu kerohanian dan amat sesuai untuk yang bergelar 'usahawan'...
========================================

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.
===========================================

Dr.Azizan Osman pun ada BLOG. Anda?

Alhamdulillah, sebelum ni saya perjuangkan bahawa setiap usahawan MESTI mempunyai platfom yang digelar BLOG. Sebab Blog ada kekuatannya sendiri dari sudut MARKETING..Ramai usahawan luar negara memanfaatkan Blog ini dengan sepenuhnya, bagaimana dengan kita?.

Adakah kita tidak memahami tujuan Blog?
Adakah kita tidak mengerti 'Blog Marketing'?
Atau...
Kita hanya FOKUS pada platform promosi tertentu sahaja, yang mana ramai Fokus pada laman sosial seperti Fb.

Semangat saya kembali BANGKIT apabila MyMentor Dr. Azizan Osman sendiri menekankan BLOG ini. Hanya 8 bulan lepas, saya dah menulis sepenuhnya Blog ini dalam eBook 'Kuasai Pemasaran Blog' yang menjelaskan satu persatu mengenai Blog ini dari 'Bagaimana nak buat sehinggalah bagaimana cara marketing Blog dilakukan'. Namum mungkin kerana ramai yang FOKUS pada platform Fb, Blog di Malaysia dah dipinggirkan. Terima kasih pada Dr. Azizan kerana mengembalikan semangat saya untuk meneruskan berkongsi mengenai ilmu Blog ini. 

  Sebahagian dari emel yang diterima oleh saya dari Dr. Azizan Osman


Selama hampir 10 tahun berkecimpung dalam Dunia Online ini, rasanya....inilah saatnya BLOG kita 'Kuasai' sama-sama...semoga dengan penekanan yang diberi oleh Dr.Azizan mengenai Blog ini memberikan impak kepada kita semua dalam menguasai ilmu 'Marketing' sebenarnya terutamanya ilmu dalam 'Online Marketing'...



01 January 2016

Helaian Kedua 2016

Alhamdulillah, catatan helaian kedua bagi tahun baru ni. Semangat mesti baru dalam mengejar pencapaian impian. InsyaAllah, lakukan yang TERBAIK setiap kali kita lakukan kerja itu. Kita pasti gembira dan ceria bila hasil kerja memuaskan hati kita.

Cabaran 2016, ekonomi mencabar kita. Ada orang 'kata' kita perlu kerja 2 pekerjaan. Oh! bagi saya, kita kerja sebab kita ada matlamat dan impian, usaha yang besar jika impian kita juga besar. 

Saya sejak 2005 lagi dah melakukan 'kerja2' bisnes online ini. Pelbagai ragam dan pengalaman sudah ditempuh dalam bidang perniagaan online ini. Mungkin rakan2 saya juga begitu. Ada yang ditipu dalam bidang online ini sebab kita 'tak nampak' penjual/pelanggan di alam maya ini. Itulah cabarannya.




Memang dalam bisnes online dan melakukan pemasaran online ini memerlukan teknik dan strategi yang tepat dan berkesan. Pelbagai kaedah yang boleh anda lakukan dalam melakukan pemasaran online ini. Namum, saya telah mengumpul teknik yang sebenar2nya yang mampu mengegarkan aktiviti promosi dan jualan anda. InsyaAllah, terkejar2 nanti menjawap order nanti.

Semua ini saya kongsikan dalam kelas saya pada 30-31 jan ni. InsyaAllah, sama2 menuntut dan berkongsi ilmu bisnes online dan pemasaran online.