30 December 2016

Ranking Laman Web Kita Pada Senarai Google - Asas Laman Web

Kenapa perlukan kedudukan ranking terbaik dalam senarai carian Google?
Betul, ramai usahawan dah ada laman web, namum kebanyakan prospek secara 'ORGANIK- maksubnya yang jumpa bis kita melalui carian di Google' sukar nak dapatkan ranking terbaik dikedudukan teratas.. lagi2 Top 5 dalam carian perkataan yang ditaip pengguna.

Kepentingan ranking terbaik adalah prospek akan klik laman web yang berada senarai teratas dahulu, mereka baca laman tersebut dan jika mereka menjumpai apa yang mereka cari, meraka akan berhenti carian mereka pada peringkat itu. Jadi tuan punya laman web, jika ianya laman web jualan, pastinya bis itu dapat pada mereka. 
Namum, jika pengguna tidak menjumpai apa yang mereka cari pada kandunga laman web pertama dia klik, dia akan kembali semula ke senarai google yang asal dan akan klik laman web pada kedudukan kedua pula. Dan seterusnya...sehinggalah mereka yang mempunyai laman web pada kedudukan terbaik (biasanya TOP 5) akan mendapat pelanggan, dan laman web yang terkebawah... ketinggalan dari pesaing-pesaing. Bukan kita sahaja yang jual produk atau servis yang sama dengan pesaing kita, namum bagaimana pelanggan menjumpai penjual dahulu yang penting. 

Itulah sebabnya kedudukan ranking laman web ini penting, kerana asal laman web adalah berbentuk infomasi dan diperkuatkan dengan jualan..Kan ia membantu meningkatkan perniagaan anda.

Lihat ranking laman web kami di Google daripada 177,000 carian. Alhamdulillah.
> BengkelOnlinePower.com






 

Bagaimana nak naik kan ranking laman web kita di goole ni?
Pernah dengar SEO*?  Bahasa mudah, ianya applikasi yang juga dikenali ROBOT dalam mencari perkata-perkataan yang ditaip dalam ruangan carian spt di google. Cariannya bersifat organik, maksubnya bila anda taip...robot akan cari. Dan bila jumpa, akan disenaraikan pada kedudukan ranking tadi.
Lagi organik, lagi tinggi rankingnya..itulah alogritma google buat. SEO ni di setting dalam ruangan admin (jika guna web jenis CMS) atau guna bahasa html (developer guna yang ni). Dan jika anda tidak mahir, ramai developer  freelance lagi buat servis ni. Bayar khidmat mereka, dan meraka akan setting laman web anda agar berada pada kedudukan terbaik.

Namum, kebanyak laman web saya, disetting dalam laman admin (CMS sbb sy guna software MINISITE MUDAH MSM ) dan dalam itu telah diletakan ruangan untuk SEO ini. Mudah kan. itu yang pertama.

Yang keduanya...kita sambung "TIP NAIKAN RANKING"








*Search engine optimization (SEO) is the process of affecting the visibility of a website or a web page in a web search engine's unpaid results—often referred to as "natural", "organic", or "earned" results.

Search engine optimization - Wikipedia

https://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization

The websites that Google ranks on the 1st page of of its search results for any given search term are the ones that they consider to be the most relevant and useful. They determine which websites are the most useful and relevant by using a complex algorithm (mathematical process) which takes into account 200+ different factors.
Google doesn’t let people know what those factors are, however, through a combination of research, testing and experience, a good Google SEO consultant knows what the most important factors are. For example, most SEOs would agree that the following are all important ranking factors…

29 December 2016

Manfaat Web - Asas Laman Web


 
Apa yang saya coretkan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membangunkan laman web terutama berbentuk minisite, ecommerce dan kegunaan bis.

Jadi manfaat ADAnya laman web samada untuk bis anda atau utk diri anda adalah:

  1. Bisness akan lebih diyakini kerana prospek akan melihat bahawa anda serius dalam urusan perniagaan dengan mengadakan selain dari perkara2 asas perniagaan dan kini ditambah pula dengan adanya laman web yang tak ramai perniagaan buat.
  2. Semua maklumat perniagaan boleh dimasukan dalam laman web dan memudahkan urusan prospek mengenali anda dan apakah perniagaan anda lakukan tersebut.
  3. Semua bentuk aktiviti perniagaan anda boleh paparkan dalam web, disusun teratur dan mudah untuk dilihat dengan bantuan link2 yang disediakan
  4. Urusan jual-beli secara online juga boleh dilakukan kerana ada laman web dalam jenis kategori e-commerce menyediakan applikasi ini bagi memudahkan pelanggan memesan tempahan
  5. Dari sudut pandangan yang biasa dengan 'dalaman' web, sebenarnya boleh diketahui siapa pemilik laman web itu dengan melihat pada applikasi di internet dan ini akan menyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda wujud sebab data itu tidak boleh ditipu
  6. Jika anda menggunakan domain.my@com.my, sememangnya laman web anda lagi lah diyakini kerana ia berdaftar dengan SKMM di bawah MyNic. Maknanya, pendaftaran ini melalui kerajaan jadi perniagaan anda disahkan wujud.
  7. Tiada lagi SCAM bila berurusan di laman web yang diyakini apabila anda tahu 'back-door' untuk melihat pemilik dan dari mana laman web itu berada.
  8. Sebaris dengan syarikat besar yang mengamalkan penggunaan laman web sebagai medium internet mereka dalam menyampaikan maklumat kepada pelanggan
  9. Perniagaan anda ke hadapan berbanding mereka yang belum menggunakan laman web sebagai penghubung antara perniagaan dan client
  10. Kebanyakan prospek dan pelanggan banyak mencari info dan maklumat melalui carian google. Dengan adanya laman web, carian itu akan mencari dahulu perkataan-perkataan yang ada dalam laman web dan senarai ranking akan dipaparkan. Jika ranking anda terbaik, prospek akan menjumpai perniagaan anda
  11. Persaingan sememangnya wujud dalam menyampaikan maklumat kepada prospek namum alamn web akan memaparkan apa yang prospek nak tahu 
  12. Laman web sekarang dah boleh berhubung dengan FB, dimana fb adalah tapak untuk menarik prospek dan laman web adalah rumah. Tarik prospek dari fb dan bila nak suruh buat pembelian/tempahan, hanya beri link web dan prospek itu melakukan sendiri aktiviti tempahan dalam talian. Ini yang banyak berlaku sekarang ni kan.
  13. Sistem laman web sekarang mempunyai banyak sistem canggih-canggih di dalam nya, ada yang boleh ambil tempahan, pembayaran elektronik, semak poin, dan macam-macam bagi memudahkan urusan pelanggan.Nak download ebook dan lagu pun melalui laman web.


Itu antara manfaat mengikut kefahaman saya sebagai teknikel dan marketing web development ini. Oh, tadi saya ada menyentuh mengenai RANKING di carian google..saya kongsikan next ya. Ranking amat penting dalam senarai itu kerana ia mempercepatkan prospek menjumpai kita dan akhirnya bertukar menjadi pelanggan.



Jumpa lagi.

Ilmu Web - Basic

Laman web

Alhamdulillah, ilmu laman web saya belajar sendiri sejak 2005 lagi. Masa tu, GURU2 saya adalah guru international..luar negara, bertanyakan pada Google, baca dan baca...pelbagai bahan bacaan laman web ni saya beli, cetak dan kumpulkan. Akhirnya saya berlatih sikit2, bermula dengan buat di word kemudian upgrade sikit ke bahasa html, guna kompozer. Fuh, berjaya juga membina laman web ketika itu 2006, walaupun ada cacat dalam pembikinan laman web tu, namum saya puas hati kerana dapat bina dengan belajar sendiri. (penat juga sebenarnya).

Setiap tahun upgrade diri dalam ilmu laman web ini, namum masih kepada carian di google. Dan semakin ke hadapan, semakin canggih teknologi laman web, kini dengan penyediaan CMS*, lagi memudahkan membina laman web. tak macam dlu2 kena tahu nak bina layout, frame, baru masuk content.

CMS yang paling ramai guna pakai walaupun IM 'mat salleh' adalah wordpress**. Pernah dengar? biasakan...sbb memang glamour dalam dunia bina web. Pilih je template yang nak, lepas tu 'drag & drop'. Masukan isi kandungan...wahla..siap...rekaan je lah..nak publish kat Internet kena ada nama web tu atau 'domain' dan tapak rumah nya 'hosting'..bab2 teknikel saya akan bincangkan step by step nya...

Siap lah sebuah laman web. Namum apa nak dibuat dengan laman web ni @ apa manfaat laman web ni...
Meh, anda senaraikan manfaatnya dlu..next posting saya detailkan.


MANFAAT LAMAN WEB
1.
2.
3.
4......
 









*(A content management system (CMS) is a computer application that supports the creation and modification of digital content. It is often used to support multiple users working in a collaborative environment.
https://en.wikipedia.org/wiki/Content_management_system)
 
**WordPress.com allows you to build any kind of site you want: 
business site, blog, portfolio, the sky is the limit! 
https://wordpress.com/create/

2017, nak kongsi ilmu ONLINE dan WEB

Nak turunkan ilmu
InsyaAllah 2017, wall fb saya ni akan dipenuhi dan dilimpahi dgn ilmu2 ni
1. Rahsia Laman web
2. Rahsia Online Biz
3. Rahsia tool Internet Marketer
4. Sistem pengurusan biz online
5. Rahsia Mobile Apps.


Jenuh nanti rakan2 sy duk baca tips, strategi, teknik nanti..sape nak follow teruskan..sape nak bagi cadangan mmg digalakan.

Ilmu IM cukup luas..tak habis nak digali..pasti ada lagi yg terkini.
Siapa nak belajar semua ni?
Jom tingkatkan sale dgn online2 ni juga.
Nak belajar..komen ya

Dah bis, namum belum lagi ada laman web?

Asyik2 duk tengok laman web orang je.
Bila la nak ada laman web sendiri?

Dah nak masuk 2017 ni.
Benarkan lah bisnes kita merentasi sempadan dgn web lak.

InsyaAllah, saya nak buka semula servis buat laman web yg lama sy tinggalkan.
Tak nak ramai2, kan tak bercuti lak sy tahun baru ni.
Berminat..ala seperti biasa la..
Kalu tak biasa..buat2 mcm biasa.
Sy tunggi ya
Cth web ya >>BengkelOnlinePower.com

30 October 2016

Strategi pemasaran online dan teknik mudah close seal 4 jam sahaja



Perkongsian kami bersama Usawahan Risda Zon Selatan pada 18/10/2016 lepas.
Dengar elok2, apa yang dikatakan oleh usahawan ini, ya. Semoga dengan ilmu ini, perniagaan berkembang maju. Amin

14 October 2016

PERKONGSIAN ILMU ONLINE MARKETING DI UNIKL 15/10/2016

Alhamdulillah,
terima kasih kepada team Kelab Keusahawan UNIKL Ipoh Perak menjayakan TECHNOFEST2016.
Tahniah, pengisian ilmu kepada ahli kelab dan juga rakan-rakan pelajar UNIKL.

Semoga ilmu perniagaan Online yang dikongsikan bermanfaat dan memberi impak dalam melakukan promosi di internet. Semoga berjaya menjana pendapatan masing-masing




14 September 2016

VIDEO MARKETING

Strategi marketing cukup banyak, dan lagi banyak anda guna strategi ini untuk merangka kempen marketing anda, insyaAllah...prospek akan 'nampak' kelebihan produk atau perkhidmatan anda

Jom layan video marketing kami..(baru siap)
Perkhidmatan menyediakan video ini juga kami tawarkan kepada anda.



12 September 2016

TESTIMONI PENGASAS AYAM KAMPUNG ORGANIK AR-RAHMAT

Alhamdulillah
Ramai peserta telah mendapat manfaat dari kelas yang kami lakukan.
Semoga dengan perkongsian ilmu yang diberikan, mengembangkan perniagaan masing-masing.

Kelas kami akan bermula semula pada 24 Sept ini dengan modul baharu iaitu Fb Ads. Pendaftaran telah dibuka atau WhatsApp terus ke Marketing kami Tn. Azham 010-779-0931

Testimoni terbaharu peserta kami


08 September 2016

BUSINESS BER'NETWORKING'

Alhamdulillah,
kami menerima undangan untuk turut serta dalam pembentangan pengenalan dalam bernetworking dengan ramai lain prospek dan pelanggan kami. Tahniah kepada Dato' Shah Johan kerana menjemput kami dalam mendengar sesi penerangan hebat dari team Inbosz untuk cara bernetworking masa kini dalam dunia alam maya ini. Khuyuk kami mendengar setiap perincian itu, dan kami yakin dengan ber'networking gaya baru ini akan membuahkan pendapatan kepada usahawan terutamanya dalam menggunakan medium online sebagai alat pemasaran terkini.

Kami ingin berkongsi SISTEM ini dengan ramai orang sebab masa sekarang jika anda tidak buat promosi secara ONLINE, memang cukup rugi. Pagi-pagi je, mesti tengok telefon samada semak WhatsApp, Facebook, Intagram...nak tengok ORDER online masuk...kan sebagai usahawan, semakan mesti dibuat.

Namum bagaimana anda nak memastikan prospek anda tahu kewujudan produk atau perkhidmatan anda? Ya, mestilah anda TAYANG kan info-info produk dan paling mudah anda terus je post kat wall Facebook masing-masing, kan....mudah je dengan online kini...godek-godek dah terpampang info anda...
Tapi....hmmm, adakah info-info anda dapat disebarkan dengan cepat dan ramai orang yang melihatnya? Apa....buat ads. Ya, itu adalah satu cara ...namum jika saya kongsikan cara lain, anda rasa berbaloi ingin tahu? Jeng-jeng...masih panas di pasaran dan masih baru di dunia maya ni..
.
.
Ops..bersambung siri #2 lak....maaf, sabar ye


28 August 2016

Alhamdulillah, selesai sudah Kelas 27-28 Ogos 2016

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam menuntut ilmu Perniagaan Online.
Kami berkongsi mengikut pengalaman kami dalam melakukan promosi dan marketing secara online.



Nampaknya semua peserta gembira dengan hasil tugasan yang diberikan, dan kali ni...modul kami ditambah baik dengan memasukan elemen Kedai Online Lengkap 'Shopping Cart' terus dalam FB. HAH!...ni peserta pertama yang kami dedahkan rahsia 'shopping cart' di Facebook. Selepas diterang...wah...mereka kata..'mudahla ..dah ada kedai online di facebook'...kedai ni umpama sistem yang ada sentiasa tengok di Lazada...itulah sistem yang kami dedahkan agar perniagaan anda diurus dengan lebih cekap lagi kali ini dengan bantuan sistem online.

Apa2 pun, coaching kami tidak terhenti didalam kelas sahaja, sebab selepas 'business centre' kami beroperasi, dalam jangkaan bulan depan...lepasan boleh datang dan buat ulangkaji terus...boleh bincang2 dan santai2 di business center nanti, doakan agar cepat siap.
 

kelas akan datang, InsyaAllah selepas raya haji....kita beraya dulu...yang nak sembelih korban...tahniah..anda buat ibadah.
Sesi tugasan videografi testimoni pelanggan


06 July 2016

Manfaatkan Sistem Kedai Online 24 jam, Hari Raya pun sale masih ada!

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1437h
Semoga dengan kemenangan raya ini memberikan manfaat yang bermakna pada semua

Raya-raya juga, namum kedai saya masih dibuka...tak pernah tutup pun. Gara-gara kedai 24 jam, dengan 'ROBOT' yang jaga, memudahkan urusan perniagaan masa kini.

Beginilah jika kita tahu manfaatkan teknologi semasa, sebelum ini kedai di 'offline' dah tutup kerana kita menyambut hari raya, namum kedai di 'online' sentiasa dibuka dan masih menerima urusan perniagaan kita, walaupun kita balik beraya. Namum kita masih dapat memantau semua urusan perniaagaan ini dari kampung sahaja...mudahkan. Anda kena fikir bahawa perniagaan diurus dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini, kerana bila berurusan di 'online', pelanggan adalah dari serata dunia. Mungkin ada pelanggan nak makan serunding di England...mereka hanya perlu 'order' dari kedai 'online' sahaja. Namum jika anda tiada kedai di 'online', bagaimana pelanggan itu nak 'berjumpa' dengan perniagaan anda yang menjual serunding. Hebatkan teknologi 'online' ini kan. Pantas di hujung jari sahaja.

Itulah yang anda perlu ada, iaitu 'Kedai Online' yang cukup memudahkan urusan perniagaan masa kini. Jadi bertindak sekarang! Dapatkan 'Kedai Online' yang mampu menjana pendapatan 24 jam sehari tanpa henti. www.KedaiOnline.AdaLamanWeb.com

02 July 2016

Kedai 24 jam, 7 hari seminggu, tak pernah tutup..Kos memang rendah!

"Kedai saya 24 jam, 7 hari seminggu, buka 365 hari setahun, tak pernah tutup, semuanya automatik, ada 'robot' sistem sokongan dalaman, tak penat buat promosi"
Begini, biar saya membuka bicara...
Kedai 24 jam ini sebenarnya telah saya gunakan agak laman sejak 2006 lagi. Pada masa itu baru nak di'aktifkan' sebab internet dan alam maya baru sahaja
diperkenalkan dengan teknologi internet, betul kan. Mungkin anda juga perasaan, internet baru bermula secara aktif seawal 2010 dimana barulah masa itu ramai
pengguna dan pelbagai medium internet wujud. seperti pelbagai laman sosial antaranya facebook.

Apabila pendedahan kepada dunia internet ini meluas, ramai mencari sesuatu perkara melalui carian di laman web seperti google. Pelbagai maklumat dipaparkan di
skrin dan cukup mudah untuk kita mencari sesuatu. Dan masa itu lah, kedai-kedai saya dijumpai oleh ramai pelanggan untuk menggunakan khidmat perkhidmatan
saya dan juga membeli produk yang saya jual. Antara yang laku laris produk saya adalah ebook cendawan, terjual hampir 1000 unit dalam 2 tahun. Dan ramai juga
menggunakan khidmat saya sebagai pengajar dalam tanaman cendawan.

bagaimana ini terjadi? sebenarnya maklumat saya mudah dicari di internet sebab kedai saya buka 24 jam. Boleh faham ke ni?
Ok, saya terangkan...seperti yang saya katakan tadi...maklumat di hujung jari sekarang dengan carian maklumat pada laman web google dan makluma tyang dicari
akan dipaparkan. bila maklumat kita ada di alam internet, mudahlah carian itu akan muncul. Kedai-kedai saya bertindak secara ROBOT automatik muncul dalam carian
itu sebab saya dah ARAHkan agar ia muncul dengan carian itu. HEBATkan!

Jadi apa sebenarnya kedai 24 jam saya itu?
Ok, untuk short cut...ianya adalah LAMAN WEB BERSISTEM AUTOMATIK dengan pelbagai fungsi sokongan dalam termasuk boleh lihat maklumat pelanggan,
pelanggan membuat pesanan terus menggunakan borang tempahan, ROBOT carian, database pelanggan, sistem follow-up dan banyak fungsi yang menaja 24 jam
dan tak pernah ditutup. Senang cerita, memang mudahkan perniagaan kita beroperasi 24 jam disokongkan dengan Robot dan fungsi dalaman.
Saya dah sediakan maklumat lengkap di laman web www.kedaionline.adalamanweb.com

Ops...ada tawaran promosi sehingga 30 Jun 2016..dengan caj perkhidmatan sempena raya...namum hari ini last...ok, saya akan berikan tempoh lanjutan masa
sehingga sebelum 6 julai ini untuk rakan-rakan yang dah berminat semasa post saya ini..

Ambil kesempatan ini, dan tempah sekarang!

26 June 2016

Suasana Raya dah mula...Lagu dah diViralkan dalam facebook-mudahkan Online

Kini, mudahkan untuk paparkan video-video anda dan paling mudah upload terus ke YouTube. Sebelum ini digemparkan ramai artis YouTube muncul dengan pelbagai genre dan lagu karangan mereka pun sedap didengar pula. Kos pembikinan amat murah kerana kebanyakan aplikasi sudah disediakan dalam talian, bermula dengan proses recoding sehingga lah video klip itu dipaparkan kepada semua peminat.

Tanggal 22 Ramadhan, kini lagu-lagu raya mula kemundang dalam kebanyakan stesen radio, dan tak lupa yang paling cepat dan mudah didengar adalah melalui online samada di YouTube atau di facebook. Mudah, cepat dan pantas...video itu kini telah diviralkan. Bayangkan jika dikenakan bayaran untuk mendengar lagu itu, walaupun hanya RM1.00 seorang, cuba kira dengan jumlah peminat yang mendengar lagu-lagu raya yang viral ini.

Itulah kuasa online, dengan viral kejap sahaja peminat dapat mendengarnya.

Ini antara lagu-lagu raya 2016 yang telah diviralkan sejak minggu lepas.






Jom kita pakat-pakat dengar







19 June 2016

Apa-apa perkhidmatan pun perlunya Laman Web untuk memudahkan pelanggan

Alhamdulillah, pelbagai produk atau perkhidmatan ditawarkan oleh pengusaha dan usahawan. Lagi cekap perniagaan itu diuruskan, lagi mudah ia akan berkembang maju. Lagi mudah untuk pelanggan guna khidmatnya bermula dari tempahan secara online sahaja, dan menggunakan perkhidmatan itu.

Kini, perkhidmatan homestay juga telah mengadakan laman web rasmi mereka untuk tempahan. Hanya tempah online, dan akhirnya pelanggan hanya hadir ke lokasi homestay yang ditempah mengikut masa. Tidak lagi perlu mencari-cari homestay untuk menginap pada hari sampai di sesuatu tempat.

Itulah kelebihan laman web. Memudahkan pelanggan. Apabila perniagaan anda mempunyai kelainan terutamanya dengan adanya laman web untuk tempahan, ia akan melonjakan lagi perniagaan anda ke hadapan berbanding dengan perniagaan usahawan lain dalam bidang yang sama. Senangkan. Perniagaan anda berlainan dan maju ke hadapan.

Jadi, 
1. adakah perniagaan anda bersedia untuk ke hadapan?
2. Adakah anda bersedia dengan pasaran dunia tanpa sempadan?
3. Adakah anda bersedia untuk mempunyai sistem laman web yang terdapat pelbagai fungsi?

Jika Ya, kami juga menyediakan khidmat membuat dan membina laman web perniagaan. Pelbagai fungsi ada dalam sistem web itu, bermula dari pernyataan web sehinggalah bagaimana pelanggan nak buat tempahan pembelian dan akhirnya barang sampai ke rumahnya.

Perkhidmatan kami menumpukan kepada Laman Web Jenis Minisite kerana kami tahu laman web jenis ini amat POWER kuasanya kerana ia FOKUS kepada produk/perkhidmatan yang dicari oleh pelanggan. Banyak laman web kami sendiri pun menggunakan laman web minisite ini.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari http://kedaionline.adalamanweb.com/

18 June 2016

Tuntut Ilmu di HijrahUsahawan Dr.Azizan Osman dan TVAl-Hijrah

 Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke seminar dan rakaman program ilmu keusahawanan dari mentorku yang diadakan dengan kerjasama TVAl-Hijrah. Program julung kalinya team Dr.Azizan Osman melakukan rakaman dengan TVAl-Hijrah dengan konsep CSR. 

Hampir seribu anak muridnya yang setia bersama dengan usahawan baru mengikuti dengan khusuknya selama hampir 2 jam berlangsung. Kejap sahaja, namum ilmu yang disampaikan cukup padat, membangkitkan dan kerohanian juga disentuh. Tahniah semua yang hadir.


Program ini adalah berbentuk siri, jadi anda masih ada peluang lagi untuk turut serta hadir ke program ini. Sabar ye, insyaAllah, bulan Ogos nanti ada pendaftaran lagi. Tunggu pengumuman dalam TVAl-Hijrah. Semoga ilmu yang disampaikan dimanfaatkan.









Untuk siri rakaman #1 ini, Dr. Azizan Osman berkongsi mengenai 'Persediaan Usahawan'. 
"15 Perkara Dalam Proses Persediaan" :
1. Matlamat yang jelas
2. Mentaliti yang betul
3. Mesti ada Mentor
4. Misi yang jelas
5. Model - tiruvasi
6. Tukar : 'Patut berjaya' kepada 'Mesti berjaya'
7. Mastery - kuasai, mahir dan faham yang anda lakukan dalam bisness itu
8. Elmu - kuasai emosi diri
9. Syukur - dengan mengamalkan Sedekah, Selawat
10. Adanya Strategi dan Sistem
11. Tindakan Luar Biasa
12. Tindakan Berani
13. Konsisten - istiqamah
14. Intention - niat
15. Impian yang jelas

banyak lagi yang telah dikongsikan. Dan siri kedua nanti juga akan sarat dengan ilmu-ilmu bisness lagi. Semoga rakan-rakan bisness dapat turut serta program ini dan ianya adalah sepenuhnya Percuma. Tiada bayaran caj pun, itulah CSR bersama TV-Alhijrah

12 June 2016

Laman Web Rasmi BengkelOnlinePower sedang dinaiktaraf

Makluman

Laman web kami sedang dinaiktaraf ke bentuk yang lebih mudah nak diuruskan dan memudahkan pelanggan memahami keseluruhan maklumat yang ada dalam web tersebut.

Sebelum ini, laman web itu dibina secara 'manual' dengan bahasa-bahasa komputer terutamanya html dan php, siap dengan coding-coding nya sekali. Sekarang, kami fokus menggunakan perisian yang amat mudah untuk diurus dan pembinaan laman web cepat disiapkan.

Kini tak perlu lagi mengetahui bahasa-bahasa dan coding, yang mana jika anda lihat untuk kali pertama, fuh! mesti garu kepala. Kini dengan perisian, laman web cepat dibina dan lebih teratur.

Kami juga membuka ruang kepada usahawan untuk memiliki laman web seperti laman web kami BengkelOnlinePower.com itu. Sempena bulan Ramadhan dan Syawal, kami menawarkan promosi sebelum ini RM799, kini hanya RM299 dengan ciri-ciri yang sama pada harga itu.

Berminat? Sila terus membuat tempahan kerana tawaran ini hanya sehingga 30 Jun 2016. Selepas itu, team kami bercuti panjang...cuti raya sakan. Terus tempah di http://kedaionline.adalamanweb.com/


Semoga tawaran ini bermakna untuk perniagaan anda, dan ini antara CSR yang mampu kami sediakan pada bulan ini. Bulan depan belum pasti lagi ada  tawaran sebegini.

Tempah sekarang! http://kedaionline.adalamanweb.com/



08 June 2016

Teknik Video hasilkan RM 5 angka

Alhamdulilah, antara peserta Kelas Pemasaran Media Sosial yang Kami kongsikan lepas dimana aktiviti dalam kelas dan banyak bertanya mengenai penggunaan media sosial yang Betul, terutamanya facebook

Antara teknik yang kongsikan adalah Teknik Video. Alhamdulillah, secara percuma, mendapat bahan promosi video ini yang dirakamkan oleh Stesen TV.

Bahan video sebegini, Jika digunakan dengan tepat, pastikan akan melonjakkan lagi perniagaan kerana prospek mempercayai video ini dan produk sekaligus diyakini pembuatannya.

Perbanyakaan teknik video ini, pasti pelanggan mudah terangsang untuk mencuba produk dan seterusnya membeli.

Tahniah kepada Pn. Zainab kerana teknik ini antara yang berkesan di alam maya.

Jom saksikan video beliau:








01 June 2016

BUAH TIN KINI DI ONLINE

Anda tahu buah tin?
Sekarang ni, dah heboh mengenai buah tin, dah macam Malaysia ini diserang dengan buah tin ini


Sejak terdedahnya berita bahawa buah tin boleh ditanam, hidup dan ahkirnya berbuah dibongkarkan, ramai lah yang mencuba2 diwaktu awal dahulu menanam pokok buah tin ini. Pelbagai variety buah tin ditanam dan kini dah ada peminatnya tersendiri. Tak percaya, anda search sahaja di fb, banyak group mengenai perbincangan pokok buah tin ini.

Harga buah dan pokok? Wow! Jika anda yang masih baru, memang kurang percaya sebab harga pokok paling rendah pun dah mencecah RM80 ke atas, mengalahkan anak pokok durian muo-sang king. Harga buah pula, bermula RM80 sekilo mengikut variety, kalah lagi muo-sang king. Namum jika anda peminatnya, harga tersebut bukan halangan untuk menanam pelbagai variety kerana buahnya terdapat pelbagai khasiat, sedap dan bermanfaat untuk kesihatan. Jangkamasa panjang, itu yang penting!




Saya pun baru berjinak-jinak nak menanam pokok tin ini, dapatlah membeli sepokok dari tut di Figger Day yang diadakan baru-baru ini di Seri Kembangan Selangor. Saya dapat tahu mengenai program ini melalui hebahan di facebook, promosi secara online. Itulah medium promosi masa sekarang, facebook yang menjadi senjata pemasaran online ramai usahawan-usahawan tak kira produk atau servis apa pun. Kini pokok tin pun dah dijual secara dalam online, anda oder je, tunggu je depan pintu, pos akan sampai. Senangkan....semuanya adalah online.

Jom kita tanam pokok buah tin ini kerana ia telah memberikan pulangan yang lumayan disamping memberikan manfaat kesihatan jika diamalkan.


06 May 2016

KATA BISNESS NAK BERKEMBANG, MAKLUMAT DI INTERNET PUN TAK DE, MACAM MANA NI?

Ramai usahawan dan rata-ratanya sememangnya nak mengembangkan perniagaan dari masa semasa. Bermula dari kecil-kecilan, ada yang buat bisness dari rumah, ada yang menjual di pasar malam, ada yang mempromosi di facebook dan macam-macam tempat usahawan melakukan aktiviti promosi dan jualan ini.

Nak ramai usahawan 'agak terlupa' bahawasanya, sekarang pelanggan mencari maklumat perniagaan dengan hanya 'di hujung jari'...Maknanya, sebelum pembelian, pelanggan akan mencari maklumat produk/servis yang hendak dibeli di internet dulu, samada di facebook, laman blog, atau sendirinya di laman web. Biasanya pelanggan akan taip dicarian GOOGLE apa produk yang mereka nak beli. Saya pun sama melakukan aktiviti mencari maklumat dulu jika nak beli sesuatu barang, kerana nak mendapat maklumat yang banyak, boleh buat perbandingan, lokasi jualan yang dekat dan jika boleh beli terus secara 'jualan online'..yang ni lagi menjimatkan masa dan belanja kos minyak kereta/makan-minum di luar nanti. Betul kan? Anda pasti sama juga dalam proses carian produk dan perkhidmatan sekarang ni. Cara carian dalam internet sememangnya amat berkesan dan menjimatkan.


"Bagaimana nak pastikan maklumat perniagaan produk dan servis kita ada di internet?"

 Apa yang anda taip di carian GOOGLE tu sebenarnya adalah perkataan demi perkataan, sistem Google akan mencari setiap perkataan yang ditaip pelawat internet dan ia akan memaparkan secara mengikut ranking sesuatu carian itu. 'Eh! saya taip maklumat produk saya, tak de pun keluar di carian GOOGLE tu?'..Itu biasa keluhan rata-rata usahawan yang bertanyakan kepada saya. Dan saya tanya mereka 'Dimana tuan letak maklumat perniagaan tuan, tuan taip maklumat tu di Facebook saja ke atau ada tempat lain juga tuan taip contohnya di laman web?' Jawap usahawan tersebut, 'Saya hanya taip dan guna Facebook sahaja, tiada tempat lain yang saya guna'. Oh, ok...itulah keluhan kebanyakan usahawan.

Begini, Facebook sentiasa mengemaskini sistem mereka berdasarkan keperluan semasa pengguna akuan dan juga pengguna yang membuat iklan di facebook itu. Sebenarnya, dalam memastikan maklumat produk/servis anda dipaparkan di carian GOOGLE banyak cara yang boleh anda lakukan, namum saya kongsikan dan fokus kepada penggunaan Laman Web Minisite yang anda boleh guna untuk meletakan maklumat itu.

KENAPA di Laman Web MINISITE?
Ok, yang pertama adalah fokus kita kepada berapa banyak maklumat perniagaan kita BOLEH berada di alam maya Internet ini, jika nak dibandingkan dengan penggunaan Facebook, maklumat di Laman Web MINISITE boleh meletakan pelbagai maklumat TANPA HAD. Anda boleh meletakan seberapa banyak maklumat yang ingin diletakan kerana setiap perkataan yang ditaip itu nanti akan dicari oleh sistem GOOGLE.

Kedua, dalam Laman Web MINISITE disediakan dinamakan SEO, yang mana inilah sebenarnya sistem carian GOOGLE mencari, saya ibaratkan ia adalah robot yang memastikan perkataan itu dicari oleh GOOGLE. Apa yang pelawat taip, sistem SEO Laman Web MINISITE anda akan mencari perkataan yang ditaip itu dan akan memadankan perkataan yang sama. Jika wujud perkataan yang sama berulang-ulang dalam laman web itu, SEO akan memastikan Laman Web MINISITE anda akan tersenarai di ranking terbaik Top10 nanti. 'Mengapa perkataan yang sama?'. Cuba perhatikan gaya saya menulis di ruangan ini, dah berapa banyak perkataan sama yang saya ulang-ulang, dan perkataan itu adalah perkataan Famous..Banyak perkataan apa ya yang saya taip tadi? Yes, betul..perkataan GOOGLE, sebab apabila ada pelawat menaip contoh ayat 'Bagaimana GOOGLE boleh membantu perniagaan saya?', sistem SEO akan mencari perkataan demi perkataan dalam ayat tersebut dan terjumpalah dan tersenarailah nanti Laman Blog ini nanti.





Jadi, dalam memastikan perniagaan anda diketahui WUJUD di alam maya, anda seharusnya memiliki Laman Web MINISITE sebab banyak manfaat yang bakal wujud dalam Laman Web tersebut selain dari sistem SEO. Barulah pelanggan menjumpai anda bila buat carian, perniagaan pun akan berkembang.

"Perniagan sekarang adalah bergantung juga kepada faktor, berapa cepat maklumat boleh dicapai oleh pelanggan yang selalu mencari maklumat di hujung jari mereka melalui internet"

02 May 2016

LAMAN WEB 'MINISITE' SEBAGAI KEDAI ONLINE ANDA

Sekarang ini pelbagai medium platform online boleh digunakan dalam melakukan atau memasarkan produk perniagaan anda di online ini. Boleh guna media sosial cthnya facebook, instagram, whatsapp...boleh guna blog, forum online...boleh guna pemasaran emel, pemasaran SMS...dan yang paling saya suka adalah laman web jualan berbentuk MINISITE.

Kenapa MINISITE sebagai Kedai Online masa kini?

Saya telah menggunakan laman web pelbagai jenis sejak 205 dari jenis e-commerce yang ada pelbagai produk dalam tu sehingga kan pelanggan 'pening' nak pilih, laman web syarikat namum hanya infomasi syarikat sahaja, dan yang terbaik saya guna adalah laman web MINISITE yang telah menghasilkan ribuan ringgit dengan jualan produk ebook saya yang pertama (dah tutup jualan ebook ini). Dalam banyak2 laman jenis laman web saya guna, akhirnya saya akui laman web MINISITE adalah yang paling mensasarkan produk terus ke sasaran pelanggan nya. Laman web MINISITE adalah berbentuk dan sesuai untuk 'niche' pasaran kepada pasaran tertumpu kepada terus produk itu, contohnya jika kita dah mengenalpasti masalah pelanggan adalah sukar atau suka membeli buku dalam talian, jadi laman web MINISITE akan menumpukan kepada jualan buku sahaja dan dalam buku pula ada pelbagai kategori...ada kategori ilmiah, politik, kewangan, motivasi, agama, dan pelbagai lagi. Jadi laman web MINISITE terus memilih kategori hanya satu sahaja...contoh, laman MINISITE buku perniagaan, akan memasarkan jualan kepada usahawan, pelajar perniagaan, orang yang baru nak berniaga, dan sebagainya...Ianya tidak mensasarkan kepada jurutera, doktor, kecuali golongan ini nak cari ilmu dalam perniagaan pula...

Jadi, sebagai usahawan, yang semestinya memfokuskan kepada 'niche' pasaran, seharusnya mempunyai laman web perniagaan yang fokus kepada satu kategori produk sahaja. Laman web MINISITE mampu dan memberikan pelawat mudah faham apa fokus produk yang dinyatakan dalam laman web itu. Dan mudah pelawat bertukar menjadi prospek dan akhirnya menjadi pelanggan dengan membeli melalui laman web MINISITE itu.

Mudahkan jualan di online kini ditambah dengan MINISITE yang mempunyai fungsi borang tempahan online, semakan tempahan pelanggan, ruangan pelanggan download produk digital, borang pertanyaan..."JADIKAN LAMAN WEB MINISITE ANDA SEBAGAI SISTEM PERNIAGAAN ONLINE MASA KINI"

Semoga MINISITE memberikan perubahan dalam cara promosi dan jualan anda terutamanya dalam talian 'online' masa kini. Dengan disokong oleh SISTEM AUTOMATIK akan membuatkan perniagaan anda diurus secara bersistematik dalam talian online. Siapa tak nak perniagaan yang ada sistem automatik sebegini.

InsyaAllah, mulai MEI 2016, saya akan berkongsi pengalaman dalam mengendali dan membina laman MINISITE ini ditambah dengan teknik pemasaran online MINISITE. Doa2kan agar semua usahawan menggunakan Sistem Laman Web MINISITE dalam mengurus promosi dan jualan di online ini.

Antara laman MINISITE saya:
1. www.AdaLamanWeb.com
2. www.BengkelOnlinePower.com
3. www.Tmaza.com.my

01 May 2016

Alhamdulillah, dah Bina Laman Web Sendiri. Tahniah

Saya agak lama dalam melakukan kerja-kerja pembangunan laman web sejak 2008 lagi. Itupun dahulu laman web dibina dengan bahasanya php/html dan sebagainya. Pening nak membuatnya pada awal2 saya buat dahulu sebab saya belajar sendiri cara2 nak bina ni hanya berpandukan pada laman web ataupun forum2 online di luar negara.
Kini, awal tahun ni saya tertemu dengan satu perisian yang nyata memudahkan kerja-kerja membina laman web ini, dah tak perlu tahu bahasa web, hanya tahu menaip macam di word. Alhamdulillah, Sabtu lepas 30/4/15, saya berkongsi dan membimbing peserta melakukan kerja2 bina laman web sendiri terus menggunakan domain masing2. Hanya dalam masa 4 jam, siap laman web dan bersedia untuk menerima tempahan.


Semoga dengan adanya laman web ini, perniagaan masing2 semakin diyakini, senang nak pelanggan membuat tempahan dan bisness anda berada di online alam maya.

Jom layari web mereka :

Yes! Ini Khas Untuk Anda, pesanan dari rakan peserta:

Zainal Abidin - Pengasas Produk Kecantikan Nofy


Tahniah semua.

p/s: Anda NAK saya bimbing Bina Laman Web Dalam Masa 4 Jam Sahaja?
=> Daftar Sekarang! secara Online www.AdaLamanWeb.com 


26 April 2016

Kursus Pemasaran Online bersama usahawan IAT di IADA Barat Laut

Alhamdulillah, saya dijemput untuk mencurah dan berkongsi ilmu pemasaran online bersama usahawan IAT bimbingan IADA Barat Laut pada 25 April 2016. Terima kasih kepada penganjur IADA Barat Laut kerana berjaya menganjurkan dalam merancakkan perniagaan usahawan mereka ke arah Dunia Tanpa Sempadan melalui penggunaan internet sebagai medium pemasaran masa kini.











Usahawan yang hadir sememangnya dah berjaya dengan ada pelbagai produk TERBAIK dari segi pembungkusan, kedai, pengeluaran. Saya teringat kata2 'Billionaire' dunia : "
Donald Trump=>
 
"Dalam dunia bisness, tidak ada gunanya jika anda mempunyai produk terbaik di dunia, atau anda memikirkan semua orang memerlukan produk anda. Walau apa jua pun pemikiran anda, jika anda gagal menjual, anda tetap seorang yang gagal." 

Wah! Sungguh sentap kata-katanya. Kalau tak sentap, nak ke kita berubah ke arah pencapaian dari BIASA-BIASA ke pencapaian LUAR BIASA. Dari PEMASARAN OFFLINE BIASA ditambah dengan PEMASARAN ONLINE menjadi LUAR BIASA

"PEMASARAN OFFLINE + PEMASARAN ONLINE = INTERGRATED MARKETING"

Saya mengucapkan tahniah yang HADIR, 'ANDA HEBAT & BERJAYA'. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan dengan  TERBAIK


 
 

23 April 2016

TAHUKAH ANDA MENGENAI WEB MINISITE?

MINISITE mempunyai satu laman sahaja yang menerangkan segala butiran pernyataan yang berbentuk 'funnel sale' maknanya, ia tersusun indah begitu rapi bermula dengan Tajuk sehingga akan menganggu emosi pelawat dan akhirnya mampu menukarkan pelawat kepada pelanggan dengan hanya apa yang terkandung dalam laman itu. Setiap pernyataan disusun mengikut subtajuk berbeza dan cara susunannya adalah mengikut psikologi manusia (sifat manusia), daripada INGIN MENYELESAIKAN MASALAH hinggakan EMOSI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH dan akhirnya TERCETUS UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN. Itulah idea MINISITE yang cukup 'Power' jika pernyataan yang disusun tadi mampu membuatkan pelawat 'jatuh hati' dengan kata-kata tersebut sahaja.

Malah, dalam MINSITE juga akan diletakan elemen 'marketing', 'psikologi', 'magnet tarikan' untuk membolehkan pelawat bertindak segera untuk menjadi pelanggan dan terus membeli produk kita secara ONLINE sahaja dari laman MINISITE itu. Hebatkan!

Anda hanya, pagi-pagi membuka dan menyemak emel tempahan yang diterima dari pelanggan. Tiada lagi ber'pm-pm', kerana laman MINISITE ini telah dikuasakan dengan SISTEM AUTOMATIK dari laman web terus ke emel anda. Jimat masa untuk melakukan perkara promosi lain daripada terpaksa menjawap pelbagai soalan seca ber'pm-pm'. Tapi jika anda punyai masa yang baik, 'pm-pm' pun ada kekuatannya sendiri. Namum saya tidak mempunyai masa yang agak panjang untuk membalas setiap pertanyaan di pm tersebut. Mungkin juga anda pun sama macam saya, betul kan?

Itulah sebahagian dari maksub MINISITE. Apa pandangan anda mengenai MINISITE ini? Balas emel ini ya supaya saya membantu menerangkan mengikut pandangan/pendapat yang anda berikan tadi.

21 March 2016

Database...Kekuatan Perniagaan


Siapa yang berniaga mesti ada database pelanggan. Anda tiada, hmm, cukup rugi. Nak tahu kenapa...Ok begini

> adakah anda sudah mempunyai pelanggan setia?
> adakah anda dihujani pelanggan baru dan pelanggan lama tah hilang ke mana?


antara dilema peniaga adalah, banyak pelanggan baru namum pelanggan lama susah nak kekal. Dan kita juga sering melakukan kempen promosi, namum kurang mendapat sambutan, Sebenarnya, kita kena FOKUS terlebih dahulu pelanggan lama, setia dan berulang menggunakan produk kita...jika ada promosi...mereka didahulukan...beri makluman awal kepada mereka, dan selang beberapa hari barulah kempen kita ke pelanggan baru yang biasanya kita juga 'peluru tabur' di mana2 platform jualan...
Jika kita ada database pelanggan yang kita dah simpan tak kira dalam bentuk excel, access atau guna software, senang utk kita hantar makluman promosi kepada mereka...samada kita hantar cara sms blast, emel blast, whatsapp broadcast dan sebagainya...yang penting kempen promosi kita adalah fokus kepada pelanggan yang dah biasa dengan produk dan telah mempercayai perniagaan kita...

Cukup susah mencari pelanggan baru, namum sebenarnya cukup senang nak kekalkan pelanggan dahulu, yang penting bina hubungan dengan mereka,,,sentiasa bertanya khabar dengan menghantar berita kita atau sebagainya...agar mereka sentiasa dihargai...InsyaAllah...perniagaan kita mudah berkembang...Cukup mudah guna teknik dan strategi pemasaran online jika kita mahir mengguna dan mengolahkannya...


14 March 2016

Tips Mudah Membina Hubungan Networking di FB

Macam mana nak bina hubungan dengan rakan kita di fb ni?

Oh, biasa apabila kita membaca post rakan2, kebanyakkannya hanya mampu tekan LIKE, lepas scroll bawah ke bawah....hanya tekan LIKE pada post rakan2 tu....

Jarang sekali kita memberikan komen pada post tu..

Ok, sebenarnya untuk membina hubungan dgn rakan anda di fb ni, tips nya cukup mudah lagi2 jika anda seorang usahawan dan menggunakan medium fb ni utk aktiviti promosi dan marketing...

Hanya komen je dalam post rakan2 kita di wall personal masing2, bila hubungan terbina, insyaAllah rakan2 akan hadir ke bisness kita apabila mereka sudah bersedia

Itulah yang kami bina sekarang, perbanyakkan komen walaupun komen tu hanya satu perkataan....

Mulakan komen post rakan anda...mulakan sekarang!

13 March 2016

BINA LAMAN WEB 4 JAM SAHAJA, WOW!


Alhamdulillah, siap jugok sepenuhnya Minisite Pakej Kursus Bina Laman Web..mudah sangat nak buat bila tahu cara dan telah dipermudahkan dengan perisian khas...

Dlu mula2 saya buat web minisite begini, jenuh kena tahu banyak coding2 komputer bahasa html, php dan fuh banyak...
sekarang dengan kecanggihan perisian khas...kini semua orang mampu bina sendiri laman web minisite...

Kenapa nak bina sendiri?
====================
Oh, tahukah anda harga caj sebuah laman web?
Dan, tahukah anda setiap kali nak update, anda akan kena caj?
Jadi, anda akan kena bayar banyak sebenarnya dengan caj2 ni

Namum bila bina sendiri, semua kos bina laman web hanya sekali bayar...hanya bayar domain dan hosting je setahun-tahun...


Laman web www.AdaLamanWeb.com sepenuhnya dibina dari perisian khas, dan bagi memudahkan anda memahami keseluruhan pembinaan laman web, saya sedia membantu anda...kini hanya 4 jam sahaja...anda dah dapat bina laman web perniagaan sendiri....Wow! 4 jam sahaja...

Apa faedah ada laman web?
=====================
Tah? kenapa syarikat besar ada laman web? mestilah nak dapatkan keyakinan pelanggan mereka.
Untuk berjaya, kita mesti ikut syarikat yang dah berjaya...mereka ada laman web, kita pun mesti ada...ni bahasa mudah untuk anda faham faedah laman web. Banyak lagi sebenarnya. Namum terpulang pada anda.


Perniagaan saya meningkat mendadak, hasil dari adanya laman web. Sebab pelanggan mudah menjumpai perniagaan saya, apa produk/servis yang sy sediakan...bagaimana nak beli dan sebagainya...Dunia kini kan dunia di hujung jari, peta pun dah tak de, hanya guna gps...nak pergi makanpun cari dlu kat google tempat tu, canggihkan....
 

Tapi sayang, maklumat perniagaan anda takde dalam dunia internet ini, jadi mcmana pelanggan nak jumpa...google senang cari di laman web dlu, baru yg lain2....hish Faham ke Faham ni...

Anda Nak Laman Web?
atau Anda Nak saya bantu cara mudah bina laman web sendiri?

meh tgk kat www.AdaLamanWeb.com

01 February 2016

AGEN SAH MEMPROMOSI DAN MEMASARKAN - KEDAI BUKU ONLINE


Alhamdulillah, kami diterima sebagai wakil agen yang sah dalam memasar dan mempromosikan buku-buku terbitan PTS dan rangkaian nya.

Dengan pengesahan ini, kami akan mempromosikan dengan menggunakan teknik dan strategi pemasaran online secara berkesan. Doakan agar promosi akan membuahkan hasil dan kejayaan bersama.

Anda nak TEMPAH? kami akan senaraikan buku-buku dan memberikan tawaran harga yang berpatutan selaku pengunjung kedai buku online terbitan PTS ini.

Untuk permulaan, ini antara buku-buku terbitan PTS. 
Tunggu promosi kami ye.








30 January 2016

'TAUKEH' FACEBOOK...idea unik menjadi Billionaire



Dari idea biasa2 namum dijanakan dengan Luar Biasa menghasilkan hasil yang sememangnya Hebat. Itulah Mark.

Facebook pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg telah membawa rangkaian sosial ke tahap yang baru, walaupun sesetengah pengguna muda mula bosan dengan perkembangan ini. Pendapatan meningkat 58% pada tahun 2014 kepada $ 12.5 Billion, disokong oleh peningkatan dalam iklan mudah alih. Kira-kira 1.4 bilion orang di seluruh dunia adalah di Facebook, dan orang-orang pengguna yang menonton tiga bilion video seharian di laman web ini. Unit Instagram mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna, manakala perkhidmatan pesanan mudah alih WhatsApp, yang ia dibeli dengan harga $ 19 bilion dalam bentuk tunai dan saham pada tahun 2014, mempunyai 700 juta pengguna dan semakin meningkat. Zuckerberg menyasarkan untuk menghidupkan maya pembuat alat dengar realiti Oculus VR, yang mana ia dibayar $ 2 bilion pada 2014, menjadi platform pengkomputeran generasi akan datang. Pertama, Walau bagaimanapun, Oculus telah keluar dengan produk. Di peringkat peribadi, pada tahun 2014 Zuckerberg turun $ 100 juta untuk 700 ekar di Hawaii di pantai utara Kauai, sumber memberitahu Forbes. Zuckerberg juga aktif: dia dan isterinya Priscilla Chan komited $ 25 juta untuk melawan Ebola pada bulan Oktober 2014 dan $ 75 juta kepada sebuah pusat trauma baru di Hospital Besar San Francisco pada bulan Februari 2015.


Facebook co-founder and CEO Mark Zuckerberg has led his social network to new heights, even as some younger users have grown tired of it. Revenue grew 58% in 2014 to $12.5 billion, supported by a jump in mobile ads. Some 1.4 billion people around the globe are on Facebook, and those users are watching three billion videos a day on the site. Its Instagram unit has more than 300 million users, while mobile messaging service WhatsApp, which it purchased for $19 billion in cash and stock in 2014, has 700 million users and is growing. Zuckerberg is aiming to turn virtual reality headset maker Oculus VR, for which it paid $2 billion in 2014, into a next generation computing platform. First, however, Oculus has to come out with a product. On the personal front, in  2014 Zuckerberg plunked down $100 million for 700 acres in Hawaii on Kauai’s north shore, sources told Forbes. Zuckerberg is also philanthropically active: he and his wife Priscilla Chan committed $25 million to fight Ebola in October 2014 and $75 million to a new trauma center at San Francisco General Hospital in February 2015.

sumber:
http://www.forbesmiddleeast.com/en/lists/people/pname/mark-zuckerberg/pid/83225