Ramai yang mempromosi dan menjual di laman sosial sebagai salah satu tempat untuk 'kedai Online' mereka. Pelbagai produk dan perkhidmatan di nyatakan di laman sosial seperti facebook, namum adakah ia memenuhi syarat dalam melakukan promosi atau lebih senang ...adakah memenuhi etika di laman sosial....
Nama sahaja dah laman sosial, namum bagaimana kita nak guna laman sosial tempat sebaran maklumat produk/perkhidmatan kita? Lebih senang, kita buat secara 'soft selling' dlu, atau buat penceritaan tentang manfaat produk, testimoni, tunjuk gambar2 pelanggan, harga simpan dulu. Sebab rakan anda tidak suka atau gemar membaca perkara2 yang menjual2 ni, mereka menumpukan kepada maklumat dan cerita. Jika maklumat itu bermanfaat dan ceritanya bagus, pelanggan akan cari anda.
Namum jika anda menggunakan laman page sendiri untuk mempromosi dan menjual produk, rakan anda dah faham apa yang ditonjolkan disitu. Boleh faham..mulakan dengan manfaat atau cerita dahulu, kemudian baru buat 'close sale'...semoga berjaya

