31 August 2015

Logik bisnes adalah ‘jerat rezeki’

Pagi ini saya mendapat info dan ilmu yang kita manfaat bersama...credit dari : Rakan Group Biro Usahawan


Sama2 kita renung dan fahami elmu ini...

Logik Memulakan Business
(Amanat puan guru saya)

Kita selalu mendengar ayat-ayat di bawah ini disebut oleh pemberi nasihat bisnes:
+ “Buat bisnes dalam bidang yang kita minati.”
+ “Buat bisnes dalam bidang yang kita pandai membuatnya.”
Untuk bisnes pertama, logik begitu boleh digunakan.
.
Untuk bisnes ke-2, ke-3, dan seterusnya, jangan gunakan logik macam itu lagi..
Logik bisnes macam di atas itu adalah ‘jerat rezeki’. Apabila kita mempercayai logik macam itu, kita sudah menyempitkan sumber rezeki kita.
Kita membatasi sumber rezeki kita pada apa yang kita minati, dan apa yang kita pandai buat sendiri.
.
Risiko berpegang pada nasihat macam itu:
+ Bisnes kita akan menjadi sekecil diri kita.
+ Kita tidak terdorong belajar bagaimana memanfaatkan orang-orang lain sebagai sumber membangunkan bisnes-bisnes kita.
+ Kita tidak berani memasuki sektor-sektor bisnes yang di luar minat dan kepandaian kita.
Kita sudah menutup pintu-pintu rezeki yang banyak dan besar-besar!
Dalam bisnes, banyak duit berada dalam sektor-sektor yang tidak kita minati, dan kita tidak pandai membuatnya!

30 August 2015

MERDEKA! Banyak yang buat promosi sempena Merdeka ni

Rata-rata banyak syarikat perniagaan mengambil peluang untuk mengadakan kempen promosi bulan merdeka ini. Mengapa ye?

Begini, setiap kempen adalah yang dirancang dengan teratur dan sistematik dan kempen merdeka adalah dikategorikan dalam kempen sempena perayaan. Jadi itulah peluang terbaik starikat mengadakan promosi jualan sebab di saat merayakan sesuatu pasti pelanggan terarah kepada perayaan itu.

Cukup mudah untuk buat kempen promosi merdeka ini di online. Banyak platform boleh guna samada di laman sosial facebook, blog, atau buat banner khas untuk promosi ini. Pasti pelanggan terpegun dengan kempen ini. 

Merdeka
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.
Merdeka ke 58...

< contoh banner dari laman web Lazada. Klik dan lihat apa tawaran mereka

21 August 2015

BAHTERA 2015 KLCC - 30 perkara saya belajar dari Dr Hj Azizan Osman

Alhamdulillah, program yang di rancang untuk usahawan berjaya dilaksana. Tahniah kepada penganjur di atas program sebegini. Adalah menjadi kegemaran kepada pengemar ilmu-ilmu perniagaan apatah lagi dihimpunkan dengan pelbagai kategori perniagaan..Senang untuk memilih dengan jiwa yang baru nak berbisnes....tahniah...walaupun saya tak semoat untuk hadir, namum ramai rakan-rakan hadir di bahtera 2015 ini...

Di sini saya inginkan kongsi coretan dari rakan yang sempat hadir dalam seminar Dr. Hj. Azizan Osman yang juga guru dan mentor saya, kredit pada Assakof dan Tn Zahir

jom kita hayati sama-sama yang dicoretkan dan dijadikan panduan. Semoga coretan ini memberi ilmu kepada kita semua...amin

30 perkara saya belajar dari Dr Hj Azizan Osman tentang keusahawanan pagi tadi.

19 Ogos 2015
#Bahtera
Bumipreneurs of tommorrow
Dari Tuan Zahir zainuddin

1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.

2. Mengubah manusia perkara yang paling mencabar,ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.

3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.

4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.

5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.

6. Hasil kajian,
100 orang yang berjaya di dunia,
68% dari mereka tidak mempunyai markah cgpa yang tinggi.

7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa "lecturer" mereka.

8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.

9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat,segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.

10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.

11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya,mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat jelas yang mahu dicapai.

12. Apabila "down" cari kata-kata pembakar semangat.
(yang mengutuk kita,yang merendahkan kita)
Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
(Burning desire)

13. Cari big "why" yang kuat dalam diri.
Kenapa aku nak berjaya?
Untuk apa aku nak berjaya?

14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri.
(Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur)

15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri.Apabila dalaman kuat,segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.

16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas.Masa?Untuk?Tujuan?

17. Gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada.
(Internet,gajet)

18. Bina "networking" untuk menjana kumpulan yang terbaik.
(Mastemind group with Quality people)

19. Masa itu emas,jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.

20. Bila mahukan sesuatu,
mesti dapat dengan apa cara sekalipun.
(Bukan beri alasan)

21. Kenali diri,sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.

22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan.
Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.

23. Berterus terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan

24. Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang Marketing,sales,Hr,
Operation bisnes mereka.

25. Teruskan belajar,sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnnya.

26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.

27. Fokus pada apa yang mahu dicapai.Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.

28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka.
(Bukan teori semata-mata)

29. Jika tidak dapat belajar dengan mereka,berkuli dengan mereka.
(Mentor)


30. Cara lain untuk merapati mentor adalah berkhidmat kepada mereka.