27 December 2014

APA KAITAN BANJIR DENGAN PERNIAGAAN ONLINE?

Hmmm, sekarang banjir melanda di Pantai Timur teruk melanda. Banyak jalan raya ditutup demi keselamatan pengguna. Air agak deras dan dalam. Banyak operasi perniagaan di kedai juga terpaksa ditutup dan ada yang tenggelam dalam air. 

Namum apakah kaitan dengan perniagaan online? Kan usahawan online hanya mendapat pelanggan dari Online sahaja, namum apakah rasional kesan kepada usahawan online???
Yang pertama, hmm kebanyakan tempat ada bekalan elektrik diputuskan dan juga bekalan telefon termasuk line internet, jadi lumpuh juga usahawan online dengan keadaan ini. 

Yang kedua, bagi peniaga online produk fizikal, operasi penghantaran juga kebanyakan tempat juga ditutup terutamanya yang menggunakan Pos Malaysia. Barang tak boleh dihantar ke pelanggan, namum adakah pelanggan tahu.



Bagaimana nak maklum pada pelanggan, tempahan dan bayaran dah dibuat namum barang tak dapat dihantar...

Apakah alternatif anda jika berlaku begini.?
Bagaimana kita nak maklum kepada pelanggan masalah yang berlaku?

Jom fikir sejenak dengan keadaan ini...Agak2nya mesti ada satu penyelesaian yang terbaik dengan SISTEM yang dirancang sebelum sesuatu kejadian yang berlaku itu...



21 December 2014

SYARIKAT BESAR PUN GUNA ONLINE...


Kini, perniagaan online dan pemasaran online bukan hanya untuk peniaga-peniaga kecil sahaja malah banyak syarikat berstatus sedang mengubah dan mengatur strategi dalam penggunaan Online ini.. Jika mereka sudah melihat potensi online yang semakin diterima ramai pelanggan yang sudah mempercayai kaedah membeli dalam talian...jadi mengapa kita masih tidak mengatur strategi juga untuk menjadikan online sebagai tapak promosi dan pemasaran kita...

Adakah kita memikirkan kos? atau sememangnya kita sukar nak mengubah cara offline kepada online..
Apa kata anda?
Bagaimana nak Online ni?

20 December 2014

PENIAGA ONLINE KENA DAFTAR PERNIAGAAN DI SSM???

Kini ramai yang menggunakan medium platform internet sebagai tempat jualan....samada di media sosial seperti facebook, instagram....dalan lain2....namum adakah anda sedar dengan peraturan pengguna 2012...

Peraturan yang mudah dan memberikan keyakinan pelanggan dalam membeli di online, mereka akan rasa lebih selesa dengan adanya peraturan itu sebab akan kurangnya berlaku penipuan seperti barang tak sampai dan sebagainya..Jika laporan polis dibuat, penguatkuasa boleh cari peniaga itu melalui alamat perniagaan mereka....kan pelanggan kini lebih terjamin

Namun sebagai penjual online pula, mereka juga mendapat kebaikan di mana peniaga yang berdaftar akan mendapat pelbagai kemudahan tapi yang paling penting...mereka mendapat keyakinan dan kepercayaan dari pelanggan....kan itu yang lebih baik untuk kita sebagai peniaga online untuk mendaftar perniagaan sah dengan SSM...

Adakah anda telah mendaftar?
Jom daftar, dapatkan dan kembalikan kepercayaan pelanggan kepada perniagaan online kita...