Syukur Alhamdulillah....kerana memberikan kesihatan yang baik sepanjang program berlangsung dari 12-14 Sept 2014 di PGRM, KL....
Banyak ilmu pemasaran telah di upgrade lagi setelah selepas selesai sebelum ini di Advance Marketing Power awal januari lepas...Banyak sangat teknik dan strategi yang di ajar oleh Dr Azizan Osman....terima kasih dengan ilmu itu...
Seminar begini juga telah menambahkan networking secara tidak langsung dan dapat juga bertemu rakan2 fb ...terima kasih semua sempat berbincang mengenai perniagaan masing-masing....InsyaAllah Ilmu yang diajar oleh Dr Azizan Osman ini menguatkan lagi kami dan fokus dalam bidang yang dijalankan ini....
Bersama Tauke Air Zeeper
Ini antara ilmu yang diajar :....pahamkan step2 cara artikel ini ditulis...:
Salam Hormat/ Selamat Sejahtera,
Syukur, saya Kamanusi Russali, pemilik perniagaan T'Maza Enterprise yang menjalankan perniagaan berasaskan Internet secara Online sehingga kini. Kini sudah tidak asing lagi dengan penjualan dan pembelian secara 'online' dalam talian internet telah diterima ramai dalam dan luar negara.
Pelbagai produk dan perkhidmatan telah saya memasar dan mempromosikan dengan hanya menggunakan internet dalam pelbagai platform online ini. Dari menerima tempahan membina laman web, membantu mengadakan kempen pemasaran dalam internet, membuat perkongsian ilmu pemasaran internet dan kini menumpukan kepada memberikan latihan khusus kepada usahawan dan bakal usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam menggunakan media internet. Apa sahaja yang berkaitan dengan internet dan online adalah menjadi rutin harian saya masa kini.
Mengapa saya menggunakan Internet sebagai salah satu cara pemasaran saya??? Hmmm, kerana "Pelanggan mudah untuk memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan tanpa had sempadan dunia dengan mencari maklumat di hujung jari sahaja dengan bantuan INTERNET." Lihat contoh AirAsia, dari sebuah syarikat yang kecil sahaja pada asalnya mampu bersaing dengan syarikat penerbangan yang dah lama bertapak dalam industri penerbangan dengan menggunakan platfom internet untuk penjualan tiket kapal terbangnya. Di mana-mana sahaja pelanggannya bukan hanya dari negara asal syarikat malah serata dunia mudah menempah tiket. Maknanya, anda mampu untuk menjual ke peringkat global dengan mudah dan senang sahaja. Nampak mudah bagi mereka yang ketahui teknik yang betul, dan mungkin susah bagi anda jika tidak tahu caranya.
Namum sebelum saya memahami sebenar sepenuhnya erti PERNIAGAAN INTERNET DAN ONLINE ini, saya mencari seorang Mentor dan Guru untuk mengajar mengenai bagaimana perniagaan internet dan online ini bermula...Pada saat tahun 2005, saya berguru dengan seorang usahawan internet yang berjaya dan ilmu internet hanya masih baru dan sedikit masa itu. Bermula dari 2005 itu hingga kini, saya mencari, mengumpul, mengguna, mengamal dan melaksanakan pelbagai teknik dan strategi pemasaran internet bagi memastikan laman web bagi mempromosikan dan memasarkan produk dan perkhidmatan saya dikenali orang dan dibeli atau diguna perkhidmatan itu. Syukur.....laman web saya antaranya mengenai CENDAWAN telah mendapat RANKING TOP 10 di carian Google sehingga kini....Semua ilmu selama kira-kira 9 tahun itu telah membuatkan hasil dimana produk dan perkhidmatan yang saya lakukan telah memberikan saya pendapatan walaupun saya hanya menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran dalam internet secara online sahaja....Namum saya mengambil masa yang agak lama untuk memahami keseluruhan aktiviti bagaimana teknik dan strategi pemasaran dalam internet ini dapat memberikan pulangan dan menjanakan pendapatan. 9 Tahun semuanya.....fuh, memang masa yang panjang bagi anda untuk memahami dan memberikan pulangannya nanti.

Kini anda tak perlu risau sebab saya akan membongkarkan teknik berkesan dari peringkat mudah ke peringkat yang lebih mencabar. Semua ilmu teknik dan strategi perniagaan internet dan online yang dilakukan akan saya kongsikan kepada anda dengan bahasa dan gaya yang mudah untuk fahami, walaupun anda masih baru dalam bidang ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut apa yang saya tawarkan. Itu sahaja! Saya akan membantu dalam menyelongkarkan rahsia dan teknik dalam menghasilkan penjualan produk atau perkhidmatan yang anda jalankan sebagai perniagaan.
Masa kian bergerak pantas tanpa menoleh ke belakang. Ambil peluang yang saya tawarkan ini dan sama-sama dalam melakukan penjualan di internet nanti. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi untuk sama-sama lakukan sepertimana mereka yang dah melakukan sejak internet diperkenalkan di negara kita ini.