27 December 2017

KELAS PENGANJURAN BERSAMA DENGAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) PASIR PANJANG

Alhamdulillah, dijemput dalam berkongsi ilmu untuk usahawan belia dan peladangnita kawasan Pasir Panjang. Terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Pasir Panjang (PPK) kerana menjemput saya.


Tugas yang diberikan kali ini, membantu usahawan mereka dalam melakukan aktiviti promosi dan pemasaran dalam talian online. Ya betul, rata-rata2 nya dah berbisnes, namum mereka tetap meluangkan masa untuk mencari ilmu. Tahniah kepada usahawan ini.


Kali ni saya berkongsi ilmu mengenai trends pemasaran online masa hadapan iaitu 2018. Ya la, kan dah nak masuk 2018, namum ADAKAH STRATEGI DAN TEKNIK KITA MASIH MENGGUNAKAN GAYA 2017? 


Seharusnya setiap tahun kita kena ubah strategi dan teknik, kerana pemasaran agak 'unik' dan 'global'. Trends kena capai, ikut yang sesuai dengan produk dan servis yang kita tawarkan. Sebelum ini 2017, saya fokus kepada 'TARGETED ONLINE MARKETING' dan 2018 ini : DIGITAL MARKETING.










Kenapa DIGITAL MARKETING?
Mungkin anda akan keliru dengan trends PEMASARAN ONLINE. Ya betul, DIGITAL MARKETING adalah sebahagian teknik dan gaya PEMASARAN ONLINE. Cuma ia lebih menjuruskan kepada kepercayaan prospek kepada perniagaan kita di online.









Dalam kelas di PPK semalam saya sempat berkongsi DIGITAL MARKETING ini secara asas, sebab ianya skop yang luas dan detail untuk dibincangkan. Antara yang sempat saya kongsikan semalam:


  1. BRANDING
  2. SOSIAL MEDIA
  3. CONTENT MARKETING
  4. VIDEO
  5. WEB DESIGN
1. BRANDING


Apa yang dimaksudkan dengan 'branding'?
Branding bukannhya JENAMA. Ia lebih kepada Apa yang kita nak tonjolkan dalam online ini. Samada anda nak tonjolkan DIRI ANDA sebagai branding perniagaan, atau anda nak tonjolkan PRODUK sebagai branding perniagaan atau sebaliknya.


Macam saya, saya Brandingkan DIRI SAYA sebagai penonjolan kepada perniagaan. lihat saja kepada cover blog ini, kan ada muka saya tu. itulah branding di online. Bila ada branding ni, senang prospek nak ingat apa yang kita lakukan. Banyak branding yang telah wujud lama dan kekal dalam pemikiran kita ni. Nak gosok gigi, mesti ada..... dan lain-lain ya.

Di online, branding amat penting dalam MENARIK KEYAKINAN PROSPEK sebab bila kita online, prospek tak nampak kita. Ya la, online jer kan. Hanya nampak gambar dan kata-kata sahaja. Namum adakah cukup dalam memberikan keyakinan kepada prospek untuk berurusan dengan kita ni. banyka kes penipuan di internet berlaku kerana KATA-KATA MANIS penjual. Harus diingatkan, online ini jika diguna baik, baik lah jadinya dan sebaliknya boleh juga mendatangkan keburukan. Jadi bila anda berniaga di Online, kes penipuan sebegini akan membuatkan prospek hilang kepercayaan. Hati-hati ya. Itulah sebabnya kita perlu lakukan BRANDING dan biar prospek yakin dengan kita selain diia juag mudah mengingati produk/ servis yang kita lakukan.

Anda juga boleh membuat BRANDING di group-group, samada WhatsApp atau group Facebook. Anda jadilah admin kepada group tersebut. Ini akan memberi keyakinan kepada prospek dan pelanggan anda bahawa anda serius dalam mempromosi dalam online ini. Bina rangkaian dalam group itu, dan ini akan membuatkan hubungan ahli kumpulan semakin erat. Dan ingatlah, bahawa pemasaran TERHEBAT ADALAH PEMASARAN MULUT KE MULUT. maknanya ahli kumpulan pula menyebar dalam bentuk memperkenalkan kepada rakan mereka pula. Hebatkan. Pernah baca atau dengar kata-kata ni "KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN, KALAU TAKSEDAP BERITAHAU KAMI". Itu kata-kata pemasaran juga kan.





23 December 2017

BAGAIMANA NAK NAIKAN RANKING LAMAN WEB DICARIAN GOOGLE?

Ramai yang tanya saya bila ada laman web, sememangnya bab nak dapatkan ranking di senarai carian google. Ya la, bila laman web bisnes, pasti kita nak yang terbaik ranking laman web itu di carta google itu sendiri.

Pasti ini akan membuahkan hasil apabila katakunci carian google dari seorang prospek menaip bila nak mencari sesuatu maklumat kan. Namum bagaimana cara nak naikan ranking ini. Hmmm, memang ramai yang nak keadaan ini, namum adakah anda pasti melakukannya. Ok, ini sy kongsikan beberapa tips yang secara tidak sengaja terjadi juga kepada beberapa laman web saya:

1. Tajuk:

Pastikan setiap pernyataan mesti ada tajuk. Dana tajuk itu semestinya ada kaitan dengan pernytaan yang ada tulis dalam artikel tersebut. Dan tajuk jika boleh, seumpama 'seseorang menaip dalam carian google' contohnya  tajuk artikel ini. Saya guna tajuk bermula dengan 'Bagaimana nak naikan ranking laman web dicarian google'? Ya, sebab atrikel yang saya tulis ini sememangnya khas untuk tips menaikan ranking. Jadi setiap kata kunci yang ditaip oleh pencari maklumat, robot google akan mencari setiap perkataan itu. Jika 'MATCH' dengan apa yang ditaip, itulah ia akan memaparkan paad paparan terbaik.

2. Ulang Perkataan

Apa tu? Ok begini. sebelum apa-apa anda pastikan  bahawa 'Apakah Niche Market Servis/Produk Anda Ya'. Contoh, masa saya nak tulis artikel ni, niche saya kepada LAMAN WEB. Jadi inilah kata kunci akan saya guna untuk di ulang-ulang dalam penulisan. Setiap pernyataan mesti saya akan letak kata kunci ini. Sebab google akan mencari LAMAN WEB yang ada perkatan ulang-ulang atas SEO. Lagi banyak perkataan LAMAN WEB ini ada dalam artikel anda, ia pasti akan memudahkan orang yang mencari kata kunci LAMAN WEB itu di google untuk paparkan maklumat anda.

Eh, berapa banyak nak ulangkan perkataan ni? Selagi anda berdaya memasukan kata kunci itu contoh LAMAN WEB tu, selagi itulah kiraan nya. Dan anda juga boleh memasukan juga perkataan lain yang BERKAITAN


3. Artikel yang panjang - CONTENT MARKETING

4. Penulisan berkualiti

5. Hitamkan 'BOLD' perkataan yang 'Niche' kepada penulisan

6. Kandungan Setiasa kemaskini - sebab masa kemaskini 'realtime' akan dicatat dalam server

7. Web 'Secure' https:// - mahal namum selamat dilayari, GOOGLE suka

22 December 2017

Perkongsian #Rahsia Laman Web - Trends eDigital 2018

Maaf lama tak update sebab fokus kepada STRATEGI PEMASARAN LAMAN WEB. Persediaan ke arah eDigital sepenuhnya. Sempat update kat laman sosial jer, maaf banyak2 ya.

saya kongsikan apa yang bakal saya lakukan pada 2018
Fokus kepada penggunaan STRATEGI LAMAN WEB.

sy kongsikan

"Rahsia #1: Laman web memudahkan pelanggan mendapat maklumat perniagaan kita dengan cepat & pantas."


Ya, betul. Saya menggunakan laman web sejak 2006, dan mulai tahun itu, hanya berbekalkan bisnes menggunakan laman web, perniagaan saya mendapat perhatian. Pada masa itu, dunia online masih baru di Malaysia, namum laman web yang saya miliki masa itu mendapat perhatian pelanggan. Alhamdulillah.

Sampai sekarang saya masih berusaha mendalami ilmu baru strategi laman web ini. Sebab perubahan semakin pantas rupanya di alam maya ini. Jadi anda pun kita bertindak sekarang juga. "Jangan tertinggal bas di alam maya pulak".

29 October 2017

Blog | Kursus dan Kelas Pemasaran Target Online Marketing

Kini, web kami dihubung terus ke blog ini bagi memastikan info2 dari kami terus dikemaskini dalam kedua-dua platfom online yang kami gunakan ini



Blog | Kursus dan Kelas Pemasaran Target Online Marketing