29 December 2015

ATUR STRATEGI KEMPEN 2016

Sudahkah anda bersedia untuk cabaran 2016?
Adakah perniagaan anda juga bersedia dengan cabaran ekonomi 2016?

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk kita memulakan tahun 2016, yang dikatakan amat mencabar dalam pandangan ekonomi. Ekonomi bercampur-campur dengan penurunan ekonomi dunia yang penuh sarat pelbagai karenah makro dan mikro ekonominya.

Inilah saatnya, kita memerlukan peningkatan usaha dalam mengadakan aktiviti promosi. Sekarang juga kita kena lakukan aktiviti ini bukan dah masuk 2016 baru nak mula. Sebab masing-masing client kita dah merancang awal-awal budget tahunan mereka, jadi jika terlepas dalam perancangan mereka, agak sukar untuk produk/perkhidmatan kita mereka nak terima. Ramai akan merancang belanja berhemah, berjimat, apa yang patut belanja sahaja. 

Jom. Kita lakukan aktiviti promosi sekarang. Namum bagaimana kita nak rangka Kempen Promosi ini???
Ok, ini sebahagian TIP yang team kami lakukan:
  1. Apakah yang kita nak dari promosi ini?
  2. Apakah kekuatan promosi ini berbanding pesaing kita?
  3. Siapa sasaran bila kita buat promosi ini?
  4. Apakah 'Tool Marketing' yang kita akan guna?
  5. Dalam lakukan promosi ini, apa FOKUS kita?
  6. Berapa peruntukkan RM yang kita 'letak' dari aktiviti promosi ini? biasanya 15% dari pendapatan perniagaan.
Itu yang kami atur strategi...banyak 'tool' yang kami guna termasuk SMS blast, emel, whatsapp, FB, blog, yang dihubungkan antara satu sama lain dimana diletakkan LINK laman web rasmi kami www.BengkelOnlinePower.com

Dari aturan itu, kami lancarkan promosi satu persatu...dengan usaha yang berterusan/istiqamah, InsyaAllah kempen promosi anda akan berjaya...

Semoga berjaya 2016.
"ANDA KAYA DAN BERJAYA"






No comments:

Post a Comment