20 June 2015

Bulan Ramadan - Apa yang menarik di Online?

Alhamdulillah, bulan ramadan kembali lagi. Sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai usahawan kerana bulan ini dikatakan adalah rezeki sepanjang tahun. Kenapa? Sebab diketika  inilah jualan akan meningkat hampir 5 kali ganda dari bulan biasa, sebab persiapan hari raya yang bakal menjelang.

Bagaimana pun dengan jualan di online? Ketika ini juga, ramai yang sudah beralih arah membeli di online yang memberikan banyak ruang memilih dan masa yang panjang untuk mmbeli, lewat malam pun masih boleh beli. Ramai pelanggan kini guna online untuk membeli persiapan hari raya, jadi inilah juga kesempatan yang boleh diambil oleh penjual online atau anda buat marketing melalui online. Tak kiralah platform mana yang anda guna samada di facebook atau laman web, yang penting 'MARKETING' dan insyaAllah jualan akan terhasil. 


Lazada MalaysiaApa-apapun, pesanan hendaklah dihantar dan pastikan stok mencukupi, sebab baru-baru ni saya ada menerima aduan mengenai penjual tudung kerana tidak menghantar produk yang telah dibayar. Pastikan etika sebagai usahawan online dipatuhi sebab kita dengan pelanggan di sini atas dasar prinsip kepercayaan. Jadi berati-hati semasa membeli, untuk dapatkan keyakinan yang mudah, pastikan penjual memberi atau menggunakan nombor akaun perniagaan bukan nya personal, dan jika dia guna kaedah PayPal -kredit/debit kad, pastikan juga guna yang biz. PayPal telah dipantau oleh Bank Negara, jadi jika sebarang 'fraud' berlaku, pelanggan masih membuat aduan terus ke SKMM dan Bank Negara. Paham-paham. 

Semoga perniagaan anda berkembang dengan Internet. Selamat berpuasa.





No comments:

Post a Comment