21 January 2015

'BLOG' : 'KEDAI' INTERNET MARKETING


1. Kebanyakkan BLOG adalah PERCUMA, server yang disediakan oleh 
syarikat penyedia perkhidmatan internet, cth Blogger.Com di miliki
oleh GOOGLE....
Jadi dengan PERCUMA ini, kos belanja sewa server dapat dijimatkan


2. BLOG adalah media yang mudah digunakan, hanya menulis dalam 

ruangan admin selepas 'Log In', sebab ianya 'real time' dalam server
Boleh terus tulis dan selepas update, terus maklumat/artikel dipaparkan
dalam laman BLOG kita. Tak perlu susah2 seperti nak upload laman web ke server.


3. Dalam Blog tiada had untuk kita memasukkan maklumat/infomasi yang berkaitan

dengan produk/servis kita...berapa banyak pun tak pe (setakat ini lah), jadi dengan
banyak maklumat/infomasi akan menjadikan BLOG kita penuh dengan info dan 
biasanya follower suka dengan BLOG2 sebegini.....


4. BLOG juga boleh memasukkan gambar tanpa had, semua gambar akan disimpan dalam

server GOOGLE, dan kalau boleh, nama file gambar tu, ada kaitan dengan produk,
sebab masa carian dalam GOOGLE image, gambar itu akan juga muncul
dan akan 'menarik' ke BLOG asal kita.....hmmm, lagi banyak gambar, 
lagi mudah la ranking dalam carian GOOGLE nanti.


5. Video pun boleh masuk terus ke server BLOG ini, tapi mungkin ambil masa

untuk upload jika video itu masa nya panjang dan file nya besar....apa tujuan 
video ni dan apa kandungan video? Sebagai usahawan, jika ada testmoni
bervideo lagi akan mudah utk pelanggan paham dan yakin...bak kata mentor 
saya juga Dr. Irfan Khairi, dengan video....tahap keyakinan pelanggan akan naik 
sehingga 200%....fuh, tinggi tu...


6. Bila BLOG ini PERCUMA, jadi tiada had nak buat berapa banyak BLOG

dalam satu akaun google kita cth alamat 
BLOG : tipkesihatanharian.blogspot.com , sihatsejahtera.blogspot.com
dalam satu akaun sahaja....ni bermakna senang utk kita lakukan pengurusan
update, hanya dalam satu akaun ada pelbagai BLOG, cepat dan mudah utk 
kemaskini......

No comments:

Post a Comment